Sabtu, 12 September 2009

Reban Ayam Kampung Yang Bakal Siap

Memandangkan ayam-ayam ini semakin membiak sukar untuk dikawal kerana banyak anak ayam telah menetas.Ada 5 ekor,8 ekor hingga 12 ekor pun ada. Jikalau ada 10 ekor ibu ayam memang pening kepala. Ini menyebabkan masalah-masalah lain yang timbul seperti datangnya pemangsa iaitu biawak,helang,burung hantu(helang kucing) dan ular hitam(ular tedung).Adakalanya pula anak-anak ayam ini terjatuh ke dalam longkang apabila ibunya mencari makanan di kawasan berdekatan.Terpaksalah memungut anak-anak ayam tersebut. Kalau sekali tak apa tetapi seringkali.

Memandangkan bulan Ramadhan selalunya cuaca panas, anak-anak ayam kampung ini mudah dijangkiti penyakit. Walaupun telah diberi ubat dalam tangki minuman yang telah diletakkan di tempat berteduh seperti di bawah pokok hampir 30% sahaja dapat menjumpai tangki air tersebut. Ini mendorong peratus kematian anak-anak ayam kampung ini mati tinggi kerana tidak mendapat antibiotik untuk melawan penyakit. Jikalau dapat bertahan juga berkemungkinan berat badan akan susut secara mendadak.

Faktor-faktor ini lah yang mendorong penghasilan ayam kampung di sini berkurang pada masa akan datang apabila tidak dikurung setempat dan tidak dikawal. Oleh itu saya telah mengambil inisiatif membina sebuah reban yang berkonsepkan bebas dan mudah dikawal bagi stok ayam kampung pada masa akan datang dengan izin Allah SWT.


Gambarajah di atas menunjukkan keluasan reban yang bakal siap dibina

Reban ini mungkin akan siap selepas raya ini, kalau sekarang tak raya lah saya.

Ini adalah kawasan pelepasan ayam kampung mencari makan.




27 ulasan:

  1. boss.... orang tua dulu2 ada gtau, ada sejenis pokok herba untuk ditanam di kawasan reban ayam kita tuh untuk mengelakkan ayam kita kena penyakit. dan, pak guard yang paling bagus untuk ayam ialah angsa.. bela r angsa skit2.. banyak manfaatnyer.

    BalasPadam
  2. keluasan tapak adalah 40 kaki x 70 kaki.Kalau pelihara angsa rasanya tak cukup tempat.Lagipun banyak anak ayam ada.Takut terpijak pula.Pokok herba apa yang perlu ditanam?

    BalasPadam
  3. rasanya setujuh dengan jake. angsa bising kalau ada apa2 yang menghampiri kawasannya...
    jake: apa nama pokok herba tu?

    BalasPadam
  4. sy br nk start bela ayam ni n bt scr komersial,insyaallah......so,ape 1st step yg perlu sy bt??
    blh tlg bg tips?

    BalasPadam
  5. Syabas....ada usaha untuk jadi usahawan... saya pun ada bela ayam kampung juga untuk makan sendirije.. tapi tapi baru 3 bulan bela dah ada musuh datang... PAK HELANG durjana. Tangkap ayam kita. Sekorje setakat ini... nak tembak takde senapang dan dia dok tinggi atas pokok. Ada sesiapa boleh bagi idea camne nak hapuskan helang tu ?

    BalasPadam
  6. try tanya jabatan perhilitan kerana helang adalah haiwan dilindungi

    BalasPadam
  7. reban 40x70 boleh muat berapa ekor?

    BalasPadam
  8. Baru nak start engine31 Disember 2011 4:55 PTG

    1 kaki persegi untuk seeokor ayam dewasa. 40x70=2800 kaki persegi.
    2800 ekor bole muat.

    BalasPadam
  9. Baru nak start engine31 Disember 2011 5:03 PTG

    Tapi rasanya data tu saya dapat utk pembelaan ayam pedaging komersial. Kalau ayam kampung... Betul lah yang Kautsar kata tu hanya 500 ja boleh masuk sebab nak ruang lebih elak stress kan. Ampun kan patik hehehe

    BalasPadam
  10. 500 ekor adalah yang diperutukkan dari jabatan veterinar tetapi apa yang saya lalui....menjangkau 100 ekor lebih ayam agak sesak juga dan kualiti kesihatan ayam juga menurun kerana keadaan kawasan semakin kotor.keadaan begini kita kena selalu tukar air minuman dan bersihkan kawasan sekitar.ayam kampung perlu kawasan rayau lagi untuk menjadikan ia lebih sihat lebih2 lagi terdapat banyak rumput.Wallahualam

    BalasPadam
  11. bro..modal reban besar ni bape ???

    BalasPadam
  12. saya baru nakbermula minta nasihat rakan dan pandangan

    BalasPadam
  13. saya baru nak mula minta nasihat dan pandangan rakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh apa salahnya kalau nak berkongsi pendapat. okochadt@gmail.com

      Padam
  14. Slm.mcm mana cara nak halau kera dari mencuri telur ayam,itik saya sbb reban saya jenis terbuka....

    BalasPadam
  15. Salam, bro.Blog anda memang menarik. Terbaik krn banyak informasi.
    kalau sudi layarilah blog saya pulak. http://ayamtanduksatu.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. Salam bro..sy berminat nk buat ayam kg nie. Blh sy tgk lokasi tuan buat ternak ayam ni.

    BalasPadam
  17. salam bro..nak tnye kalo nakbuat reban yg bro bt bpe kos anggaranye?

    BalasPadam
  18. assalamualaikum sahabat semua..hamba abdullah bin narawi telah bertahun lamanya menternak ayam kampung..namun tidak berhasil..harap saudara budiman sekalian bisa membantu hamba yang dalam kebingungan..abdullah narawi kabong,sarawak...

    BalasPadam
  19. assalam... sy berminat nk ternakkan ayam kampung.. apa langkah pertama yang perlu saya buat? bantu saya..

    BalasPadam
  20. kena ada reban,ayam jantan,betina,sarang dan tempat kurungan anak ayam

    BalasPadam
  21. Tinggi kos buat reban mcm ni..mesti mencecah ribuan ringgit..pakai kayu hutan lagi jimat.tapi admin modal banyak.ok ja

    BalasPadam
  22. slm, sy br nak mule ternak ayam kampung, nak tau langkah pertama. hrp rkn2 dpt ba tu...
    nidzamzaini@yahoo.com

    BalasPadam
  23. sy cuma ada modal lbh kurang 2k sahaja.....

    BalasPadam

Loading...