Selasa, 29 Disember 2015

Membuatkan anak ayam lebih cantik selepas keluar daripada telur

Anak yang baru menetas tidak boleh dicampurkan dengan Ayam yang berumur 3@4 hari kerana anak Ayam lama sudah kuat dan aktif mempunyai sifat mematuk dan memijak.Anak Ayam kampung yang baru menetas perlulah diasingkan terlebih dahulu di dalam Inkubator khas untuk memberi masa rehat,tidur yang lebih sehingga anak Ayam itu boleh berdiri tegap(tidak bergoyang2),boleh berlari dan patuk mematuk. Apabila badan anak Ayam dah keras serta aktif,waktu ini baru lah kita boleh campurkan dengan Ayam berumur 3-7hari.Jika tidak buat begini ia akan berisiko dibuli(dipatuk) @ dipijak sehingga penyek.