Rabu, 16 Oktober 2013

Baru-baru ini anak ayam kampung saya majoriti telah dihidapi pengyakit puru iaitu pengakit berbiji-biji selalunya berada di muka ayam.Alhamdulillah penyakit berbiji-biji itu telah kering dan tertanggal.Selamat ayam kampung saya daripada kematian.Penyakit puru juga dikenali fowl pox.Tiada cara lain anak ayam-ayam kampung ini terpaksa dikurantinkan dan diberikan rawatan dengan menggunakan Sulfatrim 48%. Sulfatrim 48% membantu mengurangkan kadar kematian dan mengawal penyakit pada ternakan daripada merebak.Jangkitan penyakit memang tidak boleh dihindarkan lebih-lebih lagi cuaca lembab.Oleh itu jangan biarkan perkara ini berulang ditempat anda. -pernafasan yang kronik -puru -coryza -secondary bacterial -e coli -pullorum -taun ayam -dan lain-lain lagi Pastikan penjadualan vaksin dilakukan dan selepas itu baru kita menggunakan Sulfatrim 48% untuk kawalan kesihatan seterusnya.Sila klik sini ---------------->>>>>>> http://bit.ly/15ZL85m

Ahad, 13 Oktober 2013

Di Antara Ayam Kampung Yang Sudah Terjual

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kesabaran Ayam Kampung saya terjual sebelum menjelang hari raya Qurban.Selalunya kalau sebelum hari raya Ayam Kampung akann terhabis jual.Saya berazam untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran saya pada masa akan datang. Untuk ketahui lebih lanjut sila klik Penternakan Ayam Kampung Untuk sesiapa meningkatkan prestasi perniagaan internet mereka sila klik----->>>>>> http://bit.ly/15ZL85m

Selasa, 7 Mei 2013

Ayam Yang Sihat Mudah Membiak

Jika kita di kampung melihat ayam kampung begitu seronok sekali.Bagi kita beri saja apa-apa makanan atau biarkan saja tanpa beri makanan ayam-ayam kampung boleh hidup sendiri.Mudahkan?Akan tetapi tanggapan itu amat meleset sekali kerana membela atau menternak ayam ini bukan mudah seperti yang kita sangkakan kerana ayam ada sejenis haiwan yang banyak musuh penyakitnya.Jika kita tidak urus dengan baik dan betul maka sukarlah ayam-ayam kampung ini ingin membiak dengan cepat.Jika cara pembiakan,makanan,kesihatan dan kebersihan diurus dengan betul barulah ayam-ayam kampung hidup dengan aman.Rajah di bawah adalah hasil ayam yang dijaga dengan baik salah satunya memberi minuman yang mencegah dan merawat penyakit ayam serta bervitamin :)

Rabu, 20 Mac 2013

Cuaca Panas Dapat Menyihatkan Ayam Kampung

Di musim panas ini memberi tekanan yang tinggi pada ayam sekaligus boleh membuatkan ayam kampung mudah kena penyakit.Oleh itu dalam cuaca atau suhu yang panas ini,ayam-ayam kampung perlulah disediakan serbuk minuman anti-stress supaya mengurangkan stress ayam ketika panas.Keadaan boleh menjadi bertambah stress akibat ruang yang sempit ditambah kuantiti ayam yang banyak boleh menimbulkan tekanan pada ayam kampung. Jika amalan memberi minuman pada ayam kampung ini dengan serbuk anti-stress menyokong ayam ini supaya hidup dengan sihat dan cergas.Ciri-ciri ayam yang sihat adalah muka kemerah-merahan,aktif,tidak selalu tidur,kuat makan,berat dan tahinya selembut krim.Penjagaan dan teknik yang betul juga boleh membantu dan mengekalkan kesihatan ayam.See more

Rabu, 27 Februari 2013

Ayam Kampung Bertambah Banyak

Jika mahu ayam kampung anda kelihatan lebih banyak lebih sihat dan cergas perlulah dijaga dan dikawal dengan cara betul.Anak-anak ayam kampung hendaklah dijaga dengan betul pada peringkat awal bagi memastikan ia boleh membesar dengan kadar pertumbuhan yang cepat sehingga dewasa.Selain daripada faktor kebersihan,kawasan dan cuaca sejuk,kesihatan ayam juga perlu dititik beratkan dengan pencegahan awal supaya ayam-ayam ini akan dapat bertahan jika diserang sesuatu penyakit iaitu dengan mengamalkan multi-vitamin dan menggunakan ubat-ubat sesuai apabila terdapat kawanan ayam didapati simptom-simptom penyakit.Jika tidak penyakit ini akan berjangkit pada seluruh kawasan ternakan.

Selasa, 26 Februari 2013

Vitamin Dan Rawatan

Dalam kuntiti ayam yang banyak bukan semua ayam mendapat makanan yang seimbang secara sama rata.Ayam yang kuat dan cergas akan mendominasi kawasan persekitaran yang lemah pula akan singkirkan jauh-jauh.Akhirnya ayam yang lemah akan kekurangan makanan serta khasiat yang diperlukan.Oleh kerana itu pemakanan tambahan diperlukan bagi zat untuk setiap ayam dapat sama rata agar ayam semua akan membesar dengan sekata.

Sabtu, 2 Februari 2013

Ayam Kampung CNY 2013

Tahun baru cina hampir tiba maka kaum cina semakin hampir membuat persediaan untuk menyambut tahun yang bermakna itu.Oleh itu saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Happy New Year...Gong Xi Fa Chai.Baru saja seminggu lagi untuk menyambut tahun baru jiran-jiran saya yang berbangsa cina sudah menempah ayam kampung untuk kegunaan mereka nanti tapi semua yang datang membeli ayam kampung betina saja.Saya pun hairan kenapa lah mereka ni suka sangat pada ayam kampung betina ini lebih-lebih lagi yang muda. Terpaksa lah lain kali saya mesti menyediakan lebih banyak ayam kampung betina lebih banyak lagi.