Selasa, 26 Jun 2012

Anak ayam dipindahkan ke reban

Anak ayam kampung saya sudah 3 bulan berada di dalam brooder dan tiba masa nya mereka terpaksa menempuh kehidupan yang sebenar menjadi ayam kampung yang sejati hidup bebas di luar mencari rezeki dan bersosial seperti ayam kampung yang lain.Baru ini yang dikatakan ayam kampung. Setelah hidup sihat di dalam brooder diberi makan dan minum yang cukup,anak-anak ayam kampung ini perlu dipindahkan ke ruang reban yang lebih luas agar kehidupan mereka lebih ceria dan sihat bila dapat berlari dan berkenalan antara satu sama lain.Jika tersilap langkah alamatnya memang kena belasah lah. Sebelum anak-anak ayam ini dilepaskan saya telah memperkenalkan mereka nasi.Semoga selepas ini mereka akan makan nasi bersama-sama ayam kampung dewasa yang lain.Ini adalah menjadi makanan asas bagi mereka dan seterusnya anak-anak ayam kampung akan belajar sendiri menjamu pelbagai menu yang berada disekeliling kawasan ternakan apabila berkawan dengan ayam dewasa.See more

Isnin, 18 Jun 2012

Anak Ayam Kampung Berhama Berisiko

Suatu hari saya terdengar bunyi anak ayam kampung riuh di dalam reban lalu saya bergegas ke dalam reban melihat sejumlah anak-anak ayam kampung bersama-sama dengan ibunya telah turun ke tanah.Ini menunjukkan anak-anak ayam kampung ini telah lama menetas dan sudah tidak tahan untuk menerima makanan daripada ibunya.Saya pula memeriksa sarang ayam kampung tersebut mana tahu kalau ada anak ayam tertinggal.Betul juga telahan saya apabila ada seekor lagi anak ayam kampung baru menetas yang masih basah lagi bulunya.Saya terfikir dan mengambil anak ayam kampung tersebut,ternyata banyak sungguh hama diseluruh badannya. Bagi saya memang tiada harapan untuk ayam ini kerana hama ini suka menhisap darah yang boleh mengakibatkan kematian atau badan menjadi kurus.Oleh kerana kesian pada anak ayam kampung tersebut terpaksa saya bersihkan badannya dan jemurkannya di bawah sinar matahari pagi sehingga tiada lagi hama yang berkeliaran.Oleh kerana tidak tahu di mana mahu meletakkan anak ayam kampung ini,saya meletakkan anak ayam yang baru menetas itu ke dalam brooder bersama-sama anak-anak ayam yang lain.Dari masa ke masa saya memerhatikan anak ayam berhama itu agak kurus dan kurang aktif berbanding anak-anak ayam yang lain.Lama kelamaan anak ayam berhama itu tidak lagi seaktif anak-anak ayam kampung lain di dalam brooder itu dan kurang makan.Sehingga satu hari itu anak ayam berhama itu tidak bernyawa lagi tetapi yang tinggal anak ayam yang lain. Beberapa hari kemudian,saya pergi ke brooder tersebut saya berasa tidak selesa dan gatal selalu.Rupa-rupanya brooder yang pernah diduduki oleh anak ayam berhama yang baru menetas itu telah meninggalkan sejuta hama dalam brooder itu.Berpasir saya tengok pada penutup brooder itu.Dengan tidak membuang masa saya telah mengalihkan anak-anak ayam yang sihat ke brooder yang baru.Tidak pernah saya melihat keadaan yang kebiasaannya brooder yang bebas dari serangga telah memenuhi yang berisiko pada anak-anak ayam dan juga pada manusia.Oleh yang demikian kepada sesiapa yang mengalami kejadian sebegini anggaplah anak ayam berhama perlu diskrapkan jika buat pengasingan daripada ibunya.Terpulanglah pada kemahiran masing-masing.Mungkin ini adalah jalan yang terbaik. Langkah pencegahan hama perlu dilakukan dengan menyembur racun hama pada sarang tersebut dan buat pembersihan pada sarang tersebut.Agaknya anak-anak ayam kampung itu turun ke tanah kerana tak boleh tahan dengan serangan hama itu.Wallahualam.

Ahad, 17 Jun 2012

Terpaksa Memulakan Stok Ayam Kampung Yang Baru

Belum sampai bulan Ramadhan dan Syawal bulan yang menjadi permintaan yang tinggi ayam kampung muda di dalam reban saya telah habis dijual atas permintaan pelanggan.Saya pun tidak menjangka perkara ini berlaku.Hanya yang tinggal sekarang hanyalah ayam kampung yang masih saiz kecil lagi dalam usia 2 hingga 4 bulan.Jikalau ada pun kawanan ayam kampung yang tinggal di atas pokok rambutan. Itu yang telah terjual tetapi pelanggan yang meminta jumlah ayam kampung yang banyak terpaksa saya tolak.Oleh yang demikian saya terpaksa membuat semula ayam kampung saya dengan kuantiti yang banyak mengikut permintaan yang sebelum ini. Kepada yang sesiapa yang saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka,saya memohon jutaan maaf atas kesilapan teknikal ini.Mungkin akan datang kita boleh bertemu semula.See More