Rabu, 15 Ogos 2012

Ayam Kampung Untuk Hari Raya ini

Selamat Hari Raya daripada saya kepada semua peminat ayam kampung.Semoga ibadat Ramadhan tahun ini amat bermakna pada kita semua.Tidak lupa dan bersyukur kita atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT supaya kita tidak leka dan berpada-pada menjalani hidup di muka bumi ini.Setiap rezeki yang telah dilemparkan wajib kita mensyukuri-Nya. Sepanjang Ramdhan ini amat bermakna bagi saya kerana diberi hidayah dan taufik untuk memajukan lagi Penternakan Ayam Kampung saya ini.Walaupun banyak cabaran yang dihadapi,ini adalah ujian dan pelajaran bagi saya untuk meningkatkan lagi produktiviti saya kalau nanti diberi dengan banyak tidak terpikul bahu saya ini.Insyallah lepas ini saya nak boom lagi kuantiti ayam saya lebih kepada kualiti dari permintaan pasaran.
Begitu juga pada anda semua buat lah sesuatu itu dengan matlamat yang jelas dan dapat membantu orang-orang lain di sekeliling.Tidaklah orang ramai tercari-cari ayam kampung ke sana-sini.Kalau anda semua ada ayam kampung kan dapat membantu orang lain kan.... Tidak kira apa jua perkara yang kita buat selain menternak ayam kampung janji kita boleh membantu orang disekeliling kita. Ayam kampung saya tidak lah banyak sangat untuk hari raya ini kerana sebelum Ramadhan dan habis dijual.Tinggallah beberapa ekor saja yang tinggal.Mungkin itu untuk dijadikan lauk santapan raya ini.See more

Khamis, 9 Ogos 2012

Anak Ayam kampung banyak cedera dan mati

Baru-baru ini ada kejadian mati anak ayam yang berumur 3bulan.Semalam saya tengok segar saja tetiba hari mati pula.Kemudian hari seterusnya ada ayam cedera sehingga luka parah.Apabila saya melakukan siasatan mendapati ada sesetengah ayam yang berpengaruh atau dominant telah mematuk ayam lain yang lemah sehingga mati.Begitu lah kalau ayam dah garang dan lapar.Bulu adik beradiknya pun dia nak makan.Akhirnya luka kulit.Ayam ini jika luka dan berdarah mereka akan mematuk tempat yang luka atau berdarah itu sehingga boleh menyebabkan ayam ini boleh mati. Jika dibiarkan berlarutan ia boleh mempengaruhi ayam lain supaya mematuk antara satu sama lain akhirnya akan cedera dan mati.Oleh itu ayam yang nakal membuli anak ayam yang lain perlulah diasingkan supaya perbuatan membuli dapat dihentikan dan penternak boleh mengelakkan daripada kematian.See More
Rajah di atas adalah reban kurungan asal menempatkan anak-anak ayam dengan banyak
Oleh kerana tiada tempat kurungan lagi terpaksalah kurung mereka dalam serkap untuk sementara waktu

Rabu, 1 Ogos 2012

Selamat Pindahkan Anak Ayam Kampung Muda Ke Kurungan Baru

Alhamdulillah selamat juga saya pindahkan anak-anak ayam ke kurungan baru walaupun ada beberapa lagi kurungan untuk ayam ni belum siap akibat bahan-bahan binaan tidak mencukupi dan masa yang suntuk untuk berbuka puasa.Maklumlah tukang kayu pun datang waktu petang.Terpaksa saya gesa mereka untuk siapkan cepat pada petang itu juga.Tiba-tiba tukang kayu cakap tak cukup kayu pula.Tak mengapalah lain kali boleh sambung lagi janji anak ayam nak dipindahkan ini selesai. Dengan rekaan bentuk reban ini memberi kepanasan dan kesejukan pada ayam kampung dengan seimbang.Ayam kampung perlu menerima kepanasan bagi memastikan ia sentiasa sihat daripada demam dan selsema.Tahi ayam yang bersifat amonia pun lepas ke tanah dan jauh pada ayam.Ia tidak memberi kesan pada ayam contohnya demam dan kurang selera makan.Jika tidak kos untuk merawat ayam ini akan meningkat darisegi tempat kurungan untuk kurantin,ubat rawatan dan kematian. Untuk menjaga kesihatan ayam adalah amat penting untuk menentukan tahap pengeluaran pada masa akan datang.Dari segi pemakanan,vitamin,air minum yang sentiasa tukar,kebersihan dan kesihatan. Secara asas kita kena jaga adalah minuman dan makanan.Minuman ayam perlulah ditukar 3 hari sekali.Lagi bagus,kalau dah bau basi cepat-cepat tukar air itu jika tidak ayam akan demam, selsema dan berkahak.Berikan vitamin atau ubat minuman tertentu dengan segera mengikut penyakit yang dialami.Jika demam dan selsema bagi lah minuman antibiotik.Jika kena puru,bagi lah ubat yg berkaitan sulfat dan sapu dengan iodin pada kulitnya.Jika mencungap paruhnya ke atas atau lumpuh jawapanya sembelih saja lah.Jika kuat makan,tapi ringan dan rasa tulang saja bagilah ubat cacing dalam bentuk pil atau buah pinang muda.Ini adalah simptom penyakit cacing.Semua perkara ini berlaku perlulah kita kuarantinkan ayam-ayam berpenyakit untuk melihat prestasi kesihatan dan mengelakkan daripada berjangkit yang lain. Jika mata ayam gatal berair dan asyik digaru dengan kakinya perlu lah diberi ubat titik khas yang tak ada disemenanjung ini.Berkesan bila saya pakai.Ada juga menyarankan supaya titik saja di mata dengan air tembakau atau bancuhan AJINAMOTO.Petua ini belum sempat dipraktikkan sebab belum kesempatan lagi.Semua ini berlaku pada ayam saya pada beberapa bulan dan saya terpaksa membuat kurungan ayam yang mempunyai kelebihan ia yang tersendiri.Banyak juga saya post kan pada kali ini.Semoga ia memberi manfaat pada penternak ayam yang lain.Saya berasa bersyukur tercapai juga saya membina kurungan ini.Dengan berasa sifat pemurah saya share petua-petua ini semoga manfaat pada masa akan datang.Semoga anda kaya dan berjaya. See More