Khamis, 17 Disember 2009

Musang Mengganas

Baru-baru saya seperti biasa saya bangun pagi-pagi lagi untuk bersiap untuk memberi makan ayam.Nasi lebihan di dapur digaul dengan kuah malam tadi dicampurkan kerana ayam-ayam saya lebih suka makan nasi dengan kuah.Saya kedengaran bunyi riuh ayam-ayam kampung yang bebas berbunyi bising.Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ayam-ayam kampung yang dikurung di dalam reban sebanyak lebih kurang 80 ekor mati bergelimpangan di sana-sini.Saya ingatkan mati disebabkan penyakit rupa-rupanya mati disebabkan benda lain.


dsc00040

Saya memeriksa melihat ada yang tidak sempurna dan ada yang mati bergitu saja dengan tertinggal kesan gigit.bulu-bulu ayam bersepah di sana-sini.Anak-anak ayam berkecai seumpama diserang dengan bom tangan.Apabila difikir ini bukan lah angkara anjing sebab reban saya lengkap berpagar,kalau biawak ia tidak serang pada waktu malam.Sah ni bukan mereka,ni mesti angkara sang musang.Barangkali ia panjat naik ke atas bumbung

Saya masih tak berpuas hati kerana hampir semua ayam-ayam saya dibunuh walhal ia sudah makan seekor dua ayam.Saya masih tercari-cari dari arah mana ia panjat.Tiba-tiba alangkah terkejutnya saya kerana jaring dipasang sebagai dinding reban dikoyak begitu saja.Betul kuat gigi musang ini.Ia mengambil langkah susah mengoyakkan jaring besi ini untuk masuk ke dalam reban.

dsc00037

Kawasan reban ayam saya terbahagi kepada dua bahagian satu untuk ayam dewasa dan ayam kecil.Pada jaring yang terkoyak ini merupakan kawasan anak-anak ayam.Tidak cukup ayam-ayam yang sedang meningkat naik mati dibunuh,musang yang buas ni tidak puas apa yang ia lakukan pergi ke sebelah dengan menguraikan jaring pagar rumah yang sungguh kuat ini.Saya hampir pening kepala dengan perilaku sebegini.Musang jenis apakah ini?


dsc00043




Khamis, 26 November 2009

Ayam Dimasukkan ke Dalam Reban

Setelah beberapa bulan yang lepas reban ini disiapkan ayam kampung dimasukkan secara berperingkat-peringkat iaitu kawasan reban terbahagi kepada dua.Sebahagian adalah kawasan untuk perlindungan anak-anak ayam baru akan ditempatkan bersama-sama ibu ayam manakala kawasan sebelah adalah tempat ayam dewasa ditempatkan untuk membiak.Di kawasan anak-anak ayam ini mestilah bebas daripada ayam-ayam dewasa terutama sekali ayam jantan.Ia juga ditempatkan bersama-sama anak-anak ayam yang meningkat dewasa.




Anak-anak ayam tidak boleh dicampurkan bersama-sama bapa ayam bagi mengelakkan ia terpijak dan anak ayam jantan mestilah diasingkan dengan bapa ayam sebelum 'dikerjakan' sehingga sakit atau demam.Bapa ayam perlulah ditempatkan bersama-sama ayam betina yang banyak untuk meredakan garang tersebut.




Anak-anak ayam yang baru menetas hendaklah dikawal di dalam kawasan berpagar terhindar daripada ancaman musuh seperti anjing dan biawak amnya serta dapat mengurangkan jangkitan penyakit.Dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti bilangan ayam manakala bagi ayam dewasa pembiakan mereka untuk menghasilkan telur saja.Bagi pembiakan benih anak ayam hanyalah menunggu penetasan ayam-ayam bebas daripada kawasan berpagar.Reban khas juga dibina untuk ayam-ayam di luar untuk bertelur.

Rajah di atas menunjukkan tempat ayam di luar bertelur dan apabila menetas anak ayam akan ditempatkan ke dalam kawasan berpagar.

Khamis, 29 Oktober 2009

Minyak Hitam

Sudah berbulan-bulan saya menjaga reban ayam untuk ia kelihatan menarik dan tahan lama tetapi masih lagi menjadi ancaman daripada anai-anai.Sehingga rentung dikerjakan oleh mereka .Jika hujan turun saja,memang anai-anai ini akan membuat laluan mereka di luar mahupun di dalam papan reban ini. Berkali-kali saya cuba menyembur racun anai-anai tetapi tidak juga berkesan. Akhirnya pada satu hari rakan sekerja saya telah menceritakan satu petua yang mungkin agak logik bila difikirkan iaitu menggunakan minyak hitam kereta atau oil engine terpakai.

Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan kawasan kayu anda didekati daripada anai-anai.Berkesan kah jika kita memakai oil engine ni? Memang ia jika kita lihat rata-rata bengkel kayu jarang diserang oleh anai-anai kerana anai-anai memang pantang dengan bau minyak hitam ni.Ada sesetengah pemilik rumah yang tahu akan petua ni akan mengisi oil engine ke dalam tin dan diletakkan di atas syiling saja sudah mencukupi.

Oleh yang demikian selepas balik kerja saya terus cari oil engine terpakai di bengkel dan menyapu ke dinding reban pada waktu petangnya.Harap-harap berhasil dengan petua yang diperolehi sebab dah banyak modal keluar untuk menghalang anai-anai ini menyerang reban ayam kampung ni.

Sabtu, 12 September 2009

Reban Ayam Kampung Yang Bakal Siap

Memandangkan ayam-ayam ini semakin membiak sukar untuk dikawal kerana banyak anak ayam telah menetas.Ada 5 ekor,8 ekor hingga 12 ekor pun ada. Jikalau ada 10 ekor ibu ayam memang pening kepala. Ini menyebabkan masalah-masalah lain yang timbul seperti datangnya pemangsa iaitu biawak,helang,burung hantu(helang kucing) dan ular hitam(ular tedung).Adakalanya pula anak-anak ayam ini terjatuh ke dalam longkang apabila ibunya mencari makanan di kawasan berdekatan.Terpaksalah memungut anak-anak ayam tersebut. Kalau sekali tak apa tetapi seringkali.

Memandangkan bulan Ramadhan selalunya cuaca panas, anak-anak ayam kampung ini mudah dijangkiti penyakit. Walaupun telah diberi ubat dalam tangki minuman yang telah diletakkan di tempat berteduh seperti di bawah pokok hampir 30% sahaja dapat menjumpai tangki air tersebut. Ini mendorong peratus kematian anak-anak ayam kampung ini mati tinggi kerana tidak mendapat antibiotik untuk melawan penyakit. Jikalau dapat bertahan juga berkemungkinan berat badan akan susut secara mendadak.

Faktor-faktor ini lah yang mendorong penghasilan ayam kampung di sini berkurang pada masa akan datang apabila tidak dikurung setempat dan tidak dikawal. Oleh itu saya telah mengambil inisiatif membina sebuah reban yang berkonsepkan bebas dan mudah dikawal bagi stok ayam kampung pada masa akan datang dengan izin Allah SWT.


Gambarajah di atas menunjukkan keluasan reban yang bakal siap dibina

Reban ini mungkin akan siap selepas raya ini, kalau sekarang tak raya lah saya.

Ini adalah kawasan pelepasan ayam kampung mencari makan.




Bila Raya Hampir Tiba

Memandangkan beberapa hari saja hari raya saja akan tiba,maka banyak persediaan sedang dilakukan baik yang si miskin mahupun yang si kaya dan si jauh tak juga yang berdekatan.Ada yang sibuk membeli baju baru,langsir baru,kasut baru,kereta baru dan semua nya serba baru.Dalam sibuk membuat persediaan raya jangan lupa pula membayar zakat fitrah.Itu adalah harus dilakukan untuk membantu yang memerlukan.

Bagi saya tiada apa yang perlu dilakukan dalam persediaan raya kerana raya ni kena kerja.Kalau tak cari duit lebih pun susah sikit juga,kalau tak macam mana nak beraya sakan.Hari ini letih juga dibuatnya.Maka jiran-jiran dekat meminta petik petai.Malah ada juga yang ingin makan redang ayam pada hari raya ini.Oleh itu mereka telah tempah lebih awal lagi untuk mengelakkan stok kehabisan.Permintaan pun tak banyak 2 ekor,3 ekor paling banyak pun 6 ekor ayam kampung tapi kalau dah banyak mana nak simpan ayam?Kata mereka nak merasa juga rendang ayam kampung.Nasib mereka memang baik dan kena pada waktu nya kerana pada waktu ini lah ayam-ayam kampung ini banyak sudah membesar dan sebaya.

Boleh lah mereka makan ayam kampung ini dengan senang kerana masih lembut berbanding ayam yang sudah tua.Jikalau sudah tua pun masih boleh makan kerana pokok nangka ada di rumah saya(daun nangka direbus dengan ayam untuk melembutkan daging).Terpaksa hari ini sembelih 6 ekor ayam dan proses untuk stok orang jauh.Ini lah masalah yang dihadapi oleh saya sekarang untuk menyimpan ayam-ayam kampung dalam satu masa kerana tidak mempunyai tempat kurung ayam yang besar(reban).Mungkin dalam masa terdekat ni saya akan membina reban ayam kampung ini yang lebih besar bagi menampung stok ayam yang besar dan boleh dijual dalam satu masa.Yang penting,ayam kampung khasiat tinggi......

Khamis, 10 September 2009

Anai-anai Menyerang Reban

Memandangkan cuaca yang tak menentu yang selalu panas terik,kadang-kadang selalu hujan dan adakala tidak hujan langsung menduga keimanan seseorang di bulan Ramdhan Al-MUbararak ini untuk mendidik umat Islam lebih terus melakukan ibadah dan bersabar tanpa rasa mengeluh.Cuaca di sini memang cerah sekali dengan keadaan cuaca yang panas terik menduga keimanan yang semakin cetek ini sebelum berbuka.Pada sebelah malam nya pula seringkali hujan melenakan dan melalaikan untuk meneruskan ibadah di malam hari selepas menunaikan solat terawih.

Tetapi lain pula cerita mengenai reban ayam kampung ni.Bila kata waktu hujan saja memang mula lah operasi bawah tanah(underground) bermula.Memang pada mula nya setiap hari periksa reban untuk mengelakkan apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.Rupa-rupanya anai-anai sudah naik,panjat,skodeng dan buat sarang dalam reban.Nasib baik perasan kalau tidak dalam beberapa tahun je dah roboh reban ayam.Dengan mata pedih dan terpisat-pisat,terpaksa merajinkan diri dalam keadaan cuaca panas terik ni membancuh racun anai-anai untuk menyeburkan reban ayam kampung ni.Maklumlah kerja malam memang macam ni,tak cukup tidur.

Sebelum tu kena musnahkan laluan serta sarang anai-anai ni kemudian sembur pula.Jikalau tidak tak hilang mereka ini dalam reban.Buat kerja ni kena tahan sikit baunya,dalam reban bukan setakat bau racun anai-anai,bau tahi ayam kampung ni boleh tahan jugabaunya.Harap-harap mereka tak selalu datang.Banyak pula nak layankan mereka ni.

Jumaat, 6 Februari 2009

Rumah Ayam

Apabila waktu membiak, ayam-ayam kampung ini akan bertelur dan meneram di tempat yang terdedah kepada bahaya pemangsa seperti anjing,biawak dan ular sawa. Ramai orang luar datang ke rumah yang ingin ayam kampung tidak dapat membeli ayam kerana sukar untuk menangkap ayam-ayam tersebut. Maka Kautsar terpaksa membina reban ayam berukuran 10 kaki x 10 kaki x 8 kaki untuk memudahkan ayam-ayam kampung mendiami reban tersebut dengan tempat tenggek yang selesa serta sarang telur mengandungi 18 buah untuk membiak.




Rajah di atas merupakan rekabentuk reban ayam yang baru dibina boleh memuatkan angaran 50 ekor ayam sahaja

















Rajah di atas menunjukkan tempat atau sarang bertelur ayam di dalam reban.


Khamis, 5 Februari 2009

Kawasan Penternakan Ayam Kampung.

Dengan tanah berkeluasan 1.5 hektar yang sedia ini dapat memberi ruang penternakan ayam kampung ini untuk membiakan lagi ayam-ayam tersebut.



Rajah di atas menunjukkan ruang atau kawasan untuk memelihara ayam.

Rabu, 4 Februari 2009

Projek Menternak Ayam Kampung

Projek ayam kampung adalah salah satu projek komersial pada baru-baru ni mendapat sambutan di sektor makanan ayam . Ia mendapat sambutan kerana ayam kampung bebas daripada penggunaan ubat-ubat kimia dan ia adalah mudah diperlihara serta tahan lasak. Oleh kerana itu AHMAD KAUTSAR BIN MD ALI mendapat idea untuk memajukan pemeliharaan ayam kampung ke peringkat komersil. Sememangnya sebelum ini ayam kampung di rumah sudah dipelihara sejak bertahun-tahun sehinggakan ayam-ayam ini mendiami di merata-rata tempat dan tidur di atas pokok rambutan,jambu batu dan durian serta ada yang berpindah atau berhijrah ke rumah jiran-jiran berdekatan.