Khamis, 6 Disember 2012

Ayam Muda Bersama Ayam Kecil

Tiada apa yang hendak dikatakan kecuali ucapan Alhamdulillah kerana limpah rahmatnya menternak ayam sebanyak ini.Walaupun sebanyak ini pun sudah pening kepala.Jika lambat bagi makan alamatnya memang buat piket lah didepan rumah.Apabila ayam ini sudah membesar dan menjadi ayam muda membuatkan anak ayam kampung kecil bersaing untuk terus hidup untuk mendapatkan makanan.Oleh kerana itu saya terpaksa mengawal ayam-ayam kampung muda ini daripada berebut makan di kalangan anak-anak ayam kampung.

Selasa, 6 November 2012

Ayam Kampung Semakin Membiak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat ayam kampung.Setelah lama menyepi daripada memberi info-info terkini, pada bulan ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan ayam kampung saya selepas mendirikan kurungan pada kawasan farm saya bermulai Julai yang lepas.Saya mendapati pembiakan dan pembesaran ayam-ayam kampung saya amat menggalakkan apabila kaedah yang digunakan ini dan penjadualan pemberian vitamin serta ubat-ubatan dapat mengurangkan kadar kematian.Ayam-ayam semakin sihat dengan bulu-bulu yang berkilat dan aktif.
Usaha yang giat dan tanpa jemu, membuahkan hasil berbanding sebelum ini membuatkan saya tak henti-henti melayan karenah ayam-ayam kampung ini.Atas nasihat dan bantuan kawan-kawan seperjuangan juga memberi input yang berkesan sehingga saya merasakan untuk mendirikan lagi beberapa kurungan untuk anak-anak ayam yang masih kecil yang tidak beberapa kuat antibodinya terutama musim hujan ini.Semoga Allah SWT merahmati usaha saya ini untuk membantu orang di sekeliling.Saya mesti kaya dan berjaya.Anda bagaimana pula :-)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Ayam Organik

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit. Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.

Sabtu, 22 September 2012

Taun Ayam(Cholera Chicken)

Pernahkah Ayam-ayam di Belakang rumah menghadapi penyakit sebegini?- Penyakit ini pertama kali direkodkan dalam abad ke-18. Walau bagaimanapun ia tidak sehingga tahun 1880-an bahawa Louis Pasteur pertama kali diasingkan dan berkembang dalam budaya tulen.Berasal penyakit ayam di Eropah, ia mula-mula direkodkan di Amerika Utara pada tahun 1943-44. Sejak itu wabak telah direkodkan hampir setahun dalam burung liar. Hari ini, penyakit ini adalah yang paling lazim di unggas air liar Amerika Utara. Wabak berlaku dalam cuaca sejuk dan basah (di akhir musim panas, jatuh, dan musim sejuk). Wabak sering dikesan kembali kepada kehadiran pembiakan tikus di rumah. Ini dianggap menyebarkan penyakit dari bangkai burung mati (mungkin dari backyards jiran), tidak wajar dilupuskan. Apabila penyakit ini diperkenalkan kepada kawanan, ia akan kekal sehingga pemusnahan. Pembawa kronik sentiasa boleh membawa kepada muncul semula penyakit pada burung terdedah. Dalam burung liar, penyakit ini yang paling sering dikaitkan dengan tanah lembap. Ditentukan bahawa tanah lembap bertindak sebagai takungan jangka pendek, mencatatkan sejumlah besar bakteria dalam tanah dan air melalui tempoh wabak itu. Wetlands, bagaimanapun, tidak panjang takungan panjang. Penyakit ini membentangkan dalam dua bentuk yang sangat berbeza: akut dan kronik. Burung dengan kronik burung taun, lebih biasa dalam ayam domestik, mempamerkan sakit berpanjangan dengan jangkitan yang lebih setempat. Jangkitan kronik telah ditunjukkan dalam Angsa Salji, dan individu-individu yang dipercayai menjadi lama takungan berhijrah panjang bagi penyakit. Apabila bakteria mendapat diperkenalkan kepada penduduk burung terdedah, wabak taun akut burung berikut.
Burung yang dijangkiti akan mati 6-12 jam selepas dijangkiti bakteria, dan burung sakit sangat sedikit telah diterangkan. Oleh kerana persatuan dan kesatuan padat, unggas air adalah yang paling biasa terjejas oleh P. multocida, namun memakan bangkai dan burung air yang lain sering terjejas dalam wabak pelbagai spesies yang besar. Dalam kes akut, cirit-birit hijau boleh menjadi gejala awal. Gejala yang paling biasa, dalam kes-kes kronik, adalah bengkak daripada Wattles. Ia adalah lebih kerap dalam baka tempatan tahan. Bukannya jangkitan umum, jangkitan setempat lebih ciri. Ini sering berlaku dalam saluran pernafasan termasuk sinus dan pneumatoics tulang, sendi keadaan berhutang, Bursa sternal, pad kaki, rongga peritoneal dan oviducts.
Dalam kes akut, luka yang paling tipikal adalah petechiae diperhatikan dalam tisu lemak epicardial. Necrotic tumpuan pada hati biasanya ditemui dan hyperemia umumnya adalah perkara biasa. Disebabkan kelajuan jangkitan dan kematian, burung dalam keadaan badan yang baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpanjangan. Pada tahun 2011 wabak taun burung membunuh beribu-ribu itik Eider di kawasan Artik Kanada. Saintis sedang mengkaji wabak dan potensi untuk merebak ke Greenland. Rawatan yang paling berkesan dalam pembiakan ternakan atau meletakkan ayam adalah individu suntikan intramuskular tetracyclines jangka bertindak, dengan antibiotik yang sama dalam air minuman, serentak. Tanda-tanda kematian dan klinikal akan berhenti dalam masa satu minggu. Tetapi bakteria mungkin kekal hadir dalam kawanan.

Rabu, 15 Ogos 2012

Ayam Kampung Untuk Hari Raya ini

Selamat Hari Raya daripada saya kepada semua peminat ayam kampung.Semoga ibadat Ramadhan tahun ini amat bermakna pada kita semua.Tidak lupa dan bersyukur kita atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT supaya kita tidak leka dan berpada-pada menjalani hidup di muka bumi ini.Setiap rezeki yang telah dilemparkan wajib kita mensyukuri-Nya. Sepanjang Ramdhan ini amat bermakna bagi saya kerana diberi hidayah dan taufik untuk memajukan lagi Penternakan Ayam Kampung saya ini.Walaupun banyak cabaran yang dihadapi,ini adalah ujian dan pelajaran bagi saya untuk meningkatkan lagi produktiviti saya kalau nanti diberi dengan banyak tidak terpikul bahu saya ini.Insyallah lepas ini saya nak boom lagi kuantiti ayam saya lebih kepada kualiti dari permintaan pasaran.
Begitu juga pada anda semua buat lah sesuatu itu dengan matlamat yang jelas dan dapat membantu orang-orang lain di sekeliling.Tidaklah orang ramai tercari-cari ayam kampung ke sana-sini.Kalau anda semua ada ayam kampung kan dapat membantu orang lain kan.... Tidak kira apa jua perkara yang kita buat selain menternak ayam kampung janji kita boleh membantu orang disekeliling kita. Ayam kampung saya tidak lah banyak sangat untuk hari raya ini kerana sebelum Ramadhan dan habis dijual.Tinggallah beberapa ekor saja yang tinggal.Mungkin itu untuk dijadikan lauk santapan raya ini.See more

Khamis, 9 Ogos 2012

Anak Ayam kampung banyak cedera dan mati

Baru-baru ini ada kejadian mati anak ayam yang berumur 3bulan.Semalam saya tengok segar saja tetiba hari mati pula.Kemudian hari seterusnya ada ayam cedera sehingga luka parah.Apabila saya melakukan siasatan mendapati ada sesetengah ayam yang berpengaruh atau dominant telah mematuk ayam lain yang lemah sehingga mati.Begitu lah kalau ayam dah garang dan lapar.Bulu adik beradiknya pun dia nak makan.Akhirnya luka kulit.Ayam ini jika luka dan berdarah mereka akan mematuk tempat yang luka atau berdarah itu sehingga boleh menyebabkan ayam ini boleh mati. Jika dibiarkan berlarutan ia boleh mempengaruhi ayam lain supaya mematuk antara satu sama lain akhirnya akan cedera dan mati.Oleh itu ayam yang nakal membuli anak ayam yang lain perlulah diasingkan supaya perbuatan membuli dapat dihentikan dan penternak boleh mengelakkan daripada kematian.See More
Rajah di atas adalah reban kurungan asal menempatkan anak-anak ayam dengan banyak
Oleh kerana tiada tempat kurungan lagi terpaksalah kurung mereka dalam serkap untuk sementara waktu

Rabu, 1 Ogos 2012

Selamat Pindahkan Anak Ayam Kampung Muda Ke Kurungan Baru

Alhamdulillah selamat juga saya pindahkan anak-anak ayam ke kurungan baru walaupun ada beberapa lagi kurungan untuk ayam ni belum siap akibat bahan-bahan binaan tidak mencukupi dan masa yang suntuk untuk berbuka puasa.Maklumlah tukang kayu pun datang waktu petang.Terpaksa saya gesa mereka untuk siapkan cepat pada petang itu juga.Tiba-tiba tukang kayu cakap tak cukup kayu pula.Tak mengapalah lain kali boleh sambung lagi janji anak ayam nak dipindahkan ini selesai. Dengan rekaan bentuk reban ini memberi kepanasan dan kesejukan pada ayam kampung dengan seimbang.Ayam kampung perlu menerima kepanasan bagi memastikan ia sentiasa sihat daripada demam dan selsema.Tahi ayam yang bersifat amonia pun lepas ke tanah dan jauh pada ayam.Ia tidak memberi kesan pada ayam contohnya demam dan kurang selera makan.Jika tidak kos untuk merawat ayam ini akan meningkat darisegi tempat kurungan untuk kurantin,ubat rawatan dan kematian. Untuk menjaga kesihatan ayam adalah amat penting untuk menentukan tahap pengeluaran pada masa akan datang.Dari segi pemakanan,vitamin,air minum yang sentiasa tukar,kebersihan dan kesihatan. Secara asas kita kena jaga adalah minuman dan makanan.Minuman ayam perlulah ditukar 3 hari sekali.Lagi bagus,kalau dah bau basi cepat-cepat tukar air itu jika tidak ayam akan demam, selsema dan berkahak.Berikan vitamin atau ubat minuman tertentu dengan segera mengikut penyakit yang dialami.Jika demam dan selsema bagi lah minuman antibiotik.Jika kena puru,bagi lah ubat yg berkaitan sulfat dan sapu dengan iodin pada kulitnya.Jika mencungap paruhnya ke atas atau lumpuh jawapanya sembelih saja lah.Jika kuat makan,tapi ringan dan rasa tulang saja bagilah ubat cacing dalam bentuk pil atau buah pinang muda.Ini adalah simptom penyakit cacing.Semua perkara ini berlaku perlulah kita kuarantinkan ayam-ayam berpenyakit untuk melihat prestasi kesihatan dan mengelakkan daripada berjangkit yang lain. Jika mata ayam gatal berair dan asyik digaru dengan kakinya perlu lah diberi ubat titik khas yang tak ada disemenanjung ini.Berkesan bila saya pakai.Ada juga menyarankan supaya titik saja di mata dengan air tembakau atau bancuhan AJINAMOTO.Petua ini belum sempat dipraktikkan sebab belum kesempatan lagi.Semua ini berlaku pada ayam saya pada beberapa bulan dan saya terpaksa membuat kurungan ayam yang mempunyai kelebihan ia yang tersendiri.Banyak juga saya post kan pada kali ini.Semoga ia memberi manfaat pada penternak ayam yang lain.Saya berasa bersyukur tercapai juga saya membina kurungan ini.Dengan berasa sifat pemurah saya share petua-petua ini semoga manfaat pada masa akan datang.Semoga anda kaya dan berjaya. See More

Sabtu, 21 Julai 2012

Kurungan Ayam Kampung Bakal Ditambah

Hari pertama bulan ramadhan 2012 ini saya telah mendapat kayu terpakai yang bakal saya gunakan untuk menambah kurungan bagi ayam saya.Dengan adanya kurungan ini membolehkan saya menambahkan stok ayam yang saya hasilkan mahupun ayam yang dibekalkan dari luar.Di samping itu saya dapat mengawal kadar penyakit pada ayam dengan mengkurantinkan ayam-ayam kampung yang sakit dan memberi rawatan khas daripada ayam-ayam sihat terkena jangkitan. Walaupun hari pertama saya berpuasa,badan ini dah macam zombie kerana sehari suntuk kena turun tapak reban bagi fokus kurungan ayam kampung.Bagi permulaan ini saya hanya mendirikan satu baris saja bagi memerhatikan sama ada design saya ini sesuai atau sebaliknya dengan keadaan cuaca dan persekitaran kawasan reban dalam tempoh tertentu.Jika ia berjaya mengawal kesihatan ayam kampung saya ini,maka design yang sama akan digunakan dan banyak baris atau block akan ditambah.Semoga usaha saya ini diberkati dalam bulan yang mulia ini

Selasa, 26 Jun 2012

Anak ayam dipindahkan ke reban

Anak ayam kampung saya sudah 3 bulan berada di dalam brooder dan tiba masa nya mereka terpaksa menempuh kehidupan yang sebenar menjadi ayam kampung yang sejati hidup bebas di luar mencari rezeki dan bersosial seperti ayam kampung yang lain.Baru ini yang dikatakan ayam kampung. Setelah hidup sihat di dalam brooder diberi makan dan minum yang cukup,anak-anak ayam kampung ini perlu dipindahkan ke ruang reban yang lebih luas agar kehidupan mereka lebih ceria dan sihat bila dapat berlari dan berkenalan antara satu sama lain.Jika tersilap langkah alamatnya memang kena belasah lah. Sebelum anak-anak ayam ini dilepaskan saya telah memperkenalkan mereka nasi.Semoga selepas ini mereka akan makan nasi bersama-sama ayam kampung dewasa yang lain.Ini adalah menjadi makanan asas bagi mereka dan seterusnya anak-anak ayam kampung akan belajar sendiri menjamu pelbagai menu yang berada disekeliling kawasan ternakan apabila berkawan dengan ayam dewasa.See more

Isnin, 18 Jun 2012

Anak Ayam Kampung Berhama Berisiko

Suatu hari saya terdengar bunyi anak ayam kampung riuh di dalam reban lalu saya bergegas ke dalam reban melihat sejumlah anak-anak ayam kampung bersama-sama dengan ibunya telah turun ke tanah.Ini menunjukkan anak-anak ayam kampung ini telah lama menetas dan sudah tidak tahan untuk menerima makanan daripada ibunya.Saya pula memeriksa sarang ayam kampung tersebut mana tahu kalau ada anak ayam tertinggal.Betul juga telahan saya apabila ada seekor lagi anak ayam kampung baru menetas yang masih basah lagi bulunya.Saya terfikir dan mengambil anak ayam kampung tersebut,ternyata banyak sungguh hama diseluruh badannya. Bagi saya memang tiada harapan untuk ayam ini kerana hama ini suka menhisap darah yang boleh mengakibatkan kematian atau badan menjadi kurus.Oleh kerana kesian pada anak ayam kampung tersebut terpaksa saya bersihkan badannya dan jemurkannya di bawah sinar matahari pagi sehingga tiada lagi hama yang berkeliaran.Oleh kerana tidak tahu di mana mahu meletakkan anak ayam kampung ini,saya meletakkan anak ayam yang baru menetas itu ke dalam brooder bersama-sama anak-anak ayam yang lain.Dari masa ke masa saya memerhatikan anak ayam berhama itu agak kurus dan kurang aktif berbanding anak-anak ayam yang lain.Lama kelamaan anak ayam berhama itu tidak lagi seaktif anak-anak ayam kampung lain di dalam brooder itu dan kurang makan.Sehingga satu hari itu anak ayam berhama itu tidak bernyawa lagi tetapi yang tinggal anak ayam yang lain. Beberapa hari kemudian,saya pergi ke brooder tersebut saya berasa tidak selesa dan gatal selalu.Rupa-rupanya brooder yang pernah diduduki oleh anak ayam berhama yang baru menetas itu telah meninggalkan sejuta hama dalam brooder itu.Berpasir saya tengok pada penutup brooder itu.Dengan tidak membuang masa saya telah mengalihkan anak-anak ayam yang sihat ke brooder yang baru.Tidak pernah saya melihat keadaan yang kebiasaannya brooder yang bebas dari serangga telah memenuhi yang berisiko pada anak-anak ayam dan juga pada manusia.Oleh yang demikian kepada sesiapa yang mengalami kejadian sebegini anggaplah anak ayam berhama perlu diskrapkan jika buat pengasingan daripada ibunya.Terpulanglah pada kemahiran masing-masing.Mungkin ini adalah jalan yang terbaik. Langkah pencegahan hama perlu dilakukan dengan menyembur racun hama pada sarang tersebut dan buat pembersihan pada sarang tersebut.Agaknya anak-anak ayam kampung itu turun ke tanah kerana tak boleh tahan dengan serangan hama itu.Wallahualam.

Ahad, 17 Jun 2012

Terpaksa Memulakan Stok Ayam Kampung Yang Baru

Belum sampai bulan Ramadhan dan Syawal bulan yang menjadi permintaan yang tinggi ayam kampung muda di dalam reban saya telah habis dijual atas permintaan pelanggan.Saya pun tidak menjangka perkara ini berlaku.Hanya yang tinggal sekarang hanyalah ayam kampung yang masih saiz kecil lagi dalam usia 2 hingga 4 bulan.Jikalau ada pun kawanan ayam kampung yang tinggal di atas pokok rambutan. Itu yang telah terjual tetapi pelanggan yang meminta jumlah ayam kampung yang banyak terpaksa saya tolak.Oleh yang demikian saya terpaksa membuat semula ayam kampung saya dengan kuantiti yang banyak mengikut permintaan yang sebelum ini. Kepada yang sesiapa yang saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka,saya memohon jutaan maaf atas kesilapan teknikal ini.Mungkin akan datang kita boleh bertemu semula.See More

Khamis, 17 Mei 2012

Ayam kampung sedia untuk dijual pada bulan ini

Ayam dewasa muda yang semakin banyak menyukarkan anak-anak ayam kampung untuk mencari makan dan berlindung kerana terpaksa bersaing untuk meneruskan hidup.Oleh kerana pada tempoh ini ayam muda seperti ini sesuai untuk dibuat masakan seperti lauk masak asam pedas,lemak cili padi,kari dan sup terutamanya sup herba yang dikatakan boleh memulihkan tenaga dalaman bagi orang yang bekerja kuat dan lain-lain lagi.Oleh itu jika anda berminat untuk menikmati isi dagingnya tidak perlu lagi teragak-agak untuk mendapatkannya.See video
Jika berminat sila hubungi saya emel: okochadt@gmail.com

Jumaat, 11 Mei 2012

Anak ayam kampung dipelihara di dalam brooder

Kebelakangan ini jumlah telur anak ayam kampung yang menetas amat mengalakkan secara semulajadi dengan menggunakan ibu ayam.Jumlah ayam dewasa yang semakin banyak menyukarkan lagi untuk anak-anak ayam yang berusia sebulan ke bawah untuk terus hidup walaupun bersama ibunya.Jika perkara ini masih dibiarkan anak-anak ayam kampung ini bersama ibunya maka potensi untuk hidup dengan peratus yang tinggi adalah tipis. Kebelakangan ini pula anak-anak ayam kampung yang dibawa atau dibimbing oleh ibunya sendiri akan mengalami sakit-sakit atau jangkitan kuman apabila ibunya sedang melalui proses penceraian.Seekor demi seekor akan tumbang disebabkan sudah tiada arah tuju apabila tiada pembimbing.Hanya anak ayam kampung yang bernasib baik sahaja boleh meneruskan kehidupan di masa akan datang.Jadi langkah yang diambil adalah memelihara anak ayam ini dari usia mereka baru menetas hingga usia 2bulan hingga 3 bulan baru dilepaskan.Oleh kerana itu terpaksa lah saya memelihara anak-anak ayam kampung ini di dalam brooder.See More

Isnin, 23 April 2012

Telur Ayam yang Menetas Diserang Semut

Baru-baru ini anak ayam menetas tetapi tidak semua telur yang dieramkan oleh ibu ayam kampung ini menetas secara serentak.Ini kerana waktu permulaan meneram,ada ayam lain telah menumpang bertelur.Jadi telur yang baru ini menetas dengan lambat.Apabila perkara ini berlaku,ibu ayam kampung tersebut tidak boleh tunggu lama lalu keluar dari sarang untuk mencari makan untuk diri sendiri dan anak-anak yang sudah lama menetas.Tinggal lah beberapa biji yang mula retak untuk menetas. Apabila saya melihat kejadian tersebut,saya cuba untuk menetaskan telur tersebut di dalam inkubator bagi memastikan telur ayam kampung ini mendapat suhu yang panas seperti badan ibunya juga.Saya telah mengasingkan telur tersebut dari sarangnya.Apabila saya datang semula telur-telur ayam kampung yang mula retak itu telah diurung semut dengan sangat banyak.Kesal dengan kejadian itu,saya dengan kadar segera membersihkan semut-semut itu dan mengoncang-goncang perlahan-lahan agar semut keluar dari cengkerang telur itu.Ini semua akibat terlupa kerana memberi ayam kampung makan sehingga tidak menghantar telur-telur tersebut ke dalam inkubator dengan segera. Kalau anda juga mengalami perkara sebegini,jangan berlengah lagi kerana kejadian yang tak diundang boleh berlaku pada bila-bila masa saja.Hanya seekor saja yang dapat meneruskan hidupnya.

Sabtu, 21 April 2012

Ayam Kampung yang Dieramkan Dengan Inkubator

Ini adalah anak ayam kampung hasil penetasan inkubator daripada telur ayam yang berlebihan untuk dieramkan oleh ibunya.Oleh kerana telur ayam yang berlebihan akibat perkongsian sarang oleh ayam-ayam betina lain,saya menghadkan kepada 10 biji saja.Selebihnya saya menggunkan inkubator untuk mengeramkan nya.Sihat anak-anak ayam kampung ini.See more.....

Jumaat, 6 April 2012

Ayam Makan Pagi


Pada bulan April ini,setiap pagi ayam kampung ini dilepaskan terlebih dahulu untuk meragut rumput sebelum mereka diberi makan.Ini kerana dalam keadaan lapar ayam kampung ini akan makan apa saja dihadapan mereka dan senang bagi penternak untuk membiarkan mereka meragut.Rumput-rumput atau tumbuhan ini merupakan herba atau antibiotik bagi tubuh badan mereka dan hanya ayam kampung ini saja yang tahu.Setelah lama dibiarkan barulah ayam kampung ini diberi makan lebihan nasi,jagung serta dedak sedikit.See More

Rabu, 1 Februari 2012

Stok ayam kampung pada bulan Jun dan Julai 2012

Baru-baru ini anak-anak ayam kampung saya dapat diturunkan lebih kurang 70 ekor.Penetasan tersebut memberi suntikan semangat saya untuk mempertambahkan lagi bilangan ayam kampung saya ini.Ia juga selari dengan jatuh nya bulan puasa dan raya.Sekurang-kurangannya tak ada lah pelanggan merungut bekalan ayam kampung tidak mencukupi.



Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more

Rumah untuk dijual di Melaka

Isnin, 2 Januari 2012

Anak Ayam Kampung Kembali Lagi



Alhamdulillah baru-baru ini anak ayam kampung saya menjadi dan menetas.Saya menggunakan kaedah serkap dan brooder untuk melihat kaedah mana efektif untuk pembesaran anak ayam



Anak ayam kampung dikurungkan bersama ibunya di dalam kurungan berkaki





Anak ayam kampung yang dikurung dengan ibunya didalam serkap lebih aktif dan berdikari



Ini adalah anak ayam kampung yang dibesarkan menggunakan brooder dan mentol lebih sihat dan pembesaran ia pun cepat.See More