Jumaat, 5 Ogos 2011

Kesan Hama terhadap manusia

Setelah mengemas sarang telur yang bersepah setelah tiada ayam lagi meneram,maka terdapat banyak lagi sisa-sisa hama masih merayau-rayau setelah disembur dengan racun hama.Jalan terakhir adalah membakar saja sisa daun serai dan surat khabar yang tertinggal.Inilah jalan paling berkesan dengan membakar sisa-sisa tersebut dikawasan berdekatan supaya asap sampah itu menghala ke arah sarang dan dpt membunuh hama yang tertinggal.

Sarang meneram ayam kampung itu disembur sekali lagi untuk memastikan kawasan sarang ayam itu benar2 bebas daripada jangkitan hama.Dapat melihat hama dengan merayap-rayap pergi ke arah badan melalui tangan.Lantas cepat-cepat saya tepuk dan sapu tangan untuk mematikan hama-hama itu.Satu badan miang dan gatal-gatal.Selesai kerja terpaksa mandi dengan shampoo dan sabun mandi untuk mematikan hama-hama yang sudah merebak satu badan.

Setelah tiga hari berlalu,badan ini masih miang dan gatal-gatal lagi mungkin akibat gigitan hama ini.Tido pun gatal,golekkan telur di inkubator pun gatal,main komputer pun gatal.Agak tersiksa juga hampir seminggu.Jalan penyelesaian ia,bantal-batal dijemur,kerusi pc disembur dengan ricsect,cadar dan selimut dibasuh dan bahagian luar inkubator disembur dengan racun hama.Kesimpulan kelemahan hama ini ialah mati pada racun hama dan panas matahari.

Selepas itu badan saya masih sedikit gatal-gatal mungkin bentan akibat gigitan hama dan saya hanya sapukan pada kawasan gatal dengan calomine lotion yang terdapat pada famarsi kerajaan,hilang gatal-gatal.Kesimpulannya ayam-ayam kampung betina ini perlu dishampookan dengan shampoo pencegah hama,kutu bagi mengurangkan penyebaran ia.

15 ulasan:

  1. saya sedang menghadapi masalah ini. dulu pijat, skrg hama. datang dr mana pun tak tau. puas sembur ridsect tapi mcm tak jalan je. dh mcm badan ni bela hama. huhuhu...

    BalasPadam
  2. Lumurkan satu badan ayam hingga kuyup dengan air dan syampoo anti kutu dan hama.Pastikan bukan dikepala dan mata ayam.Jangan lakukan pada anak ayam,takut nanti mati kesejukan.Semburkan racun hama pada sarang yg bebas drpd telur dan tempat tinggal ayam

    BalasPadam
  3. Salam..

    Encik Kautsar sy nk tnye pendapat ncik, betul ke hama ayam boleh membiak dibawah kulit manusia, sebab sy pernah ade terlihat dokumentari di tv. Dipaparkan bahwa bhgian tubuh mangsa akan membusuk sekiranya pembiakan hama itu terlalu byk dan tidak dirawat.

    Masalah saya, saya mengalami gejala gatal2 sejak 4 tahun lalu selepas sy pulang ke kg utk menjaga nenek sy.kebetulan mmg ade reban ayam disitu. Sehingga kini masalah gatal masih x henti. Sy berjumpe doktor dan mereka kata sy kurang makan sayur. Sy bergantung kepada pelbagai krim gatal,sekiranya kehabisan krim habis kulit sy luka sy garu..bolehkah calomine lotion itu mengubat gatal ini???

    BalasPadam
    Balasan
    1. gunalah sabun 999 kedai mamak ada atau pokok akar kucing suka daun nya digiling dan sapu pada tmpat gatal .selalu mandi n minum ir suam byk insya..

      Padam
  4. Wslm salam.Terima kasih atas soalan yang ditanyakan kepada saya.Saya bukanlah pakar dalam bidang perubatan.Saya ada juga terbaca bahawa penyakit kudis buta adalah berpunca daripada hama yang membiak dibawah kulit.Nauzubillah.Di atas pertanyaan encik ini satu lagi pengetahuan umum yang dapat memberi pengetahuan berguna kepada semua.Sila baca link ini.Mungkin ia dapat membantu :

    http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-239818.html

    BalasPadam
  5. salam bro racun hama yg kamu guna tu ape namanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya biasanya guna racun hama yang dibeli dikedai pertanian.Murah saja lingkungan rm10-15.

      Padam
  6. assalamualaikum en.nk tanya apa nama vitamin utk ayam yg berpenyakit.sbb ayam saya byk yg mati.tq.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum rakan2. Sya kongsikan pngalamn mnternak ayam kampung. Untuk mengelakkan sarang ayam dijangkiti hama.gunakan daun lalang sbg alas. Keringkn dulu daun lalang. InsyaAllah hama tak datng. Sya dah amalkn ini brpuluh tahun. Xda hama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gunakan daun pisang kering buat alas tmpt ngeram ayam saya
      .ok x?

      Padam
    2. Saya gunakan daun pisang kering buat alas tmpt ngeram ayam saya
      .ok x?

      Padam
  8. saya pun biasa kena gigitan hama ayam yang halus2 tu. setelah ambik telor ayam atau tangkap ayam di reban. Hama ni gigit ni pintar.. Gigit, lari & sembunyi. Dulu saya pun tak ada tahu hama ada di badan. Waktu tidur rasa miang2 & gatai2.. Memang susah nak hilangkan hama2 ni... Ia suka sembunyi di seluar khususnya bahagian pingang dan bawah. Apabila rasa ada gigitan, cepat2lah buka seluar & cari.. ada HAMA! Cukup gatai gigitannya.. Apa yang saya boleh buat. Masak air panas2.. kemudian dicampurkan pulak dengan air sejuk lalu dilap seluruh badan. Kepala, muka, ketial.. seluruh badan. Pastikan darjah kehangatam air tu paling tinggi di mana badan/kulit dapat bertahan. Lepas tu barulah disapukan sabun mandi/ Dettol. Rasa2nya matilah hama tu. Semua pakaian yang dipakai disiram dengan air panas sebelum dibasuh dengan mesin basuh. Selimut, bantal, sarung bantai, tikar semuanya pun mesti dituang air panas. Jugak pastikan katil disembur dengan Resect. Setelah balik dari reban, elakkan masuk bilik tidur atau naik katil. Sekarang malam hari saya rasa tak miang & gatai lagi.

    BalasPadam
  9. Hama ayam boleh dibunuh dengan ubat Organik ( 013-3604802)
    sebotol RM 23 ( 750 ml )...

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Ubat organik ( 013-3604802)
    digunakan untuk membunuh hama,lalat,semut,lipas....
    sebotol RM 23 (berat 750 ml )

    BalasPadam

Loading...