Khamis, 29 Oktober 2009

Minyak Hitam

Sudah berbulan-bulan saya menjaga reban ayam untuk ia kelihatan menarik dan tahan lama tetapi masih lagi menjadi ancaman daripada anai-anai.Sehingga rentung dikerjakan oleh mereka .Jika hujan turun saja,memang anai-anai ini akan membuat laluan mereka di luar mahupun di dalam papan reban ini. Berkali-kali saya cuba menyembur racun anai-anai tetapi tidak juga berkesan. Akhirnya pada satu hari rakan sekerja saya telah menceritakan satu petua yang mungkin agak logik bila difikirkan iaitu menggunakan minyak hitam kereta atau oil engine terpakai.

Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan kawasan kayu anda didekati daripada anai-anai.Berkesan kah jika kita memakai oil engine ni? Memang ia jika kita lihat rata-rata bengkel kayu jarang diserang oleh anai-anai kerana anai-anai memang pantang dengan bau minyak hitam ni.Ada sesetengah pemilik rumah yang tahu akan petua ni akan mengisi oil engine ke dalam tin dan diletakkan di atas syiling saja sudah mencukupi.

Oleh yang demikian selepas balik kerja saya terus cari oil engine terpakai di bengkel dan menyapu ke dinding reban pada waktu petangnya.Harap-harap berhasil dengan petua yang diperolehi sebab dah banyak modal keluar untuk menghalang anai-anai ini menyerang reban ayam kampung ni.