Sabtu, 8 Januari 2011

Ayam Jantan lebih Banyak daripada ayam betina


Menjadi masalah baru-baru ini adalah benih-benih yang terhasil kebanyakan adalah jantan. Apabila ayam-ayam ini meningkat dewasa,ayam induk atau bapak ayam menjadi ancaman kepada mereka. Ia bermula apabila ayam-ayam jantan muda sudah mula pandai mengawan.Habis dibelasah sehingga mati. Oleh kerana itu ayam-ayam jantan ini tidak boleh disimpan lama yang menjadi stok untuk pelanggan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Bagaimana caranya untuk mengekalkan stok-stok ayam jantan berlebihan ini daripada dikerjakan oleh ayam bapak atau ayam-ayam sebaya ?

2 ulasan:

  1. Kalau mak saya, ayam jantan yang berlebihan perlulah di 'kendurikan'. Kami biasanaya akan menjamu tetamu yang sudi menziarahi kami dengan lauk ayam kampung. Jika baka baik x salah kalau tuan jual kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

    BalasPadam
  2. betul tu dinar24k biasa buat santapan kari dan sup je...melainkan musim perayaan atau ada majlis kenduri...berbaloi.Pada hari biasa,pelanggan lebih byk berminat pd ayam betina...tu yg stok kurang :-)

    BalasPadam

Loading...