Selasa, 20 September 2011

Sulftrim minuman ayam kampung


Ayam adalah haiwan yang mudah dijangkiti penyakit berbanding haiwan-haiwan lain.Ayam mudah dijangkiti penyakit lebih-lebih lagi ia kurang mendapatkan zat-zat atau memakan tumbuh-tumbuhan semulajadi di luar dari reban.Ayam memerlukan agen-agen penghantaran atau pengangkutan tambahan dalam badan bagi mengagihkan zat-zat seperti vitamin,oksigen dan ubat-ubat antibodi untuk melawan penyakit yang kita tidak nampak pada matakasar berbanding manusia, serba serbi lengkap.Adakalanya bukan semua penjual makanan atau ubat-ubat arif tentang ternakan kita. Mereka cuma kata brand ini bagus.Peniaga lain kata brand ini lagi bagus.

Kadang-kadang peniaga hanya mengatakan brand ubat minuman ini adalah yang terbaik masa kan harganya mahal. Apabila saya cuba masih tidak berhasil. Yang paling penting adalah jenis kandungan yang sesuai bagi masalah penyakit yang berlaku pada ayam melalui faktor simptom pada ayam kampung itu. Perkara ini kita kena lah rujuk pada pegawai verterinar atau orang yang lama pelihara ayam kampung. Nak ikut cara tradisional pun boleh juga kadang-kadang agak rumit sikit.

Oleh itu saya telah mendapat nasihat supaya menggunakan ubat minuman ayam mengandungi sulfat yang menjadi agen penghantaran atau pengangkutan zat-zat dalam sistem badan ayam. Ketika itu simptom-simptom penyakit masih kelihatan walaupun dah beri ND, saya melihat ada perubahan pada ayam saya selepas memberi ubat minuman tersebut.





Khamis, 15 September 2011

Herba untuk ayam kampung

Sejak kebelankangan ini anak ayam kampung saya menunjukkan simptom atau tanda-tanda tidak segar dan tidak bermaya.Keadaan ini mula merisaukan saya kerana takut jika perkara lama berulang kembali iaitu kematian secara mengejut dan mendadak.Saya mula merasa hairan kenapa perkara ini berlaku kerana pada peringkat awal saya telah memberi vaksin Newcastle Disease (ND) tetapi simptom mencungap dan banyak tidur.

Dengan tidak melengahkan masa saya telah menghubungi pegawai veterinar Alor Gajah En Jaafar untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau.Dengan segera beliau telah datang ke reban saya untuk melihat keadaan yang telah berlaku.Beliau menyatakan anak-anak ayam ini terkena penyakit puru iaitu bengkak-bengkak kecil pada muka yang awalnya saya menganggap ia adalah gigitan nyamuk.Ayam ini kekurangan zat makanan lalu mencadangkan sebelum anak-anak ayam kampung ini hendak turun tanah perlulah diberikan vitamin selama seminggu sebelum diturunkan.Reban didik pula hendaklah menghadap terbit matahari supaya mendapat khasiat.

En Jaafar mengatakan kadang-kadang jika kita memberi vitamin dalam bentuk minum belum tentu cukup bertahan untuk penyakit lain.Oleh itu ayam-ayam kampung perlulah diberikan tumbuh-tumbuhan dari luar reban yang merupakan herba bagi ayam-ayam kampung ini.




Ayam-ayam kampung tahu tumbuh-tumbuhan ini memberi khasiat kepada kesihatan ia tanpa kita mengetahui penyakit apa yang bakal mereka akan dapat.See more