Khamis, 17 Disember 2009

Musang Mengganas

Baru-baru saya seperti biasa saya bangun pagi-pagi lagi untuk bersiap untuk memberi makan ayam.Nasi lebihan di dapur digaul dengan kuah malam tadi dicampurkan kerana ayam-ayam saya lebih suka makan nasi dengan kuah.Saya kedengaran bunyi riuh ayam-ayam kampung yang bebas berbunyi bising.Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ayam-ayam kampung yang dikurung di dalam reban sebanyak lebih kurang 80 ekor mati bergelimpangan di sana-sini.Saya ingatkan mati disebabkan penyakit rupa-rupanya mati disebabkan benda lain.


dsc00040

Saya memeriksa melihat ada yang tidak sempurna dan ada yang mati bergitu saja dengan tertinggal kesan gigit.bulu-bulu ayam bersepah di sana-sini.Anak-anak ayam berkecai seumpama diserang dengan bom tangan.Apabila difikir ini bukan lah angkara anjing sebab reban saya lengkap berpagar,kalau biawak ia tidak serang pada waktu malam.Sah ni bukan mereka,ni mesti angkara sang musang.Barangkali ia panjat naik ke atas bumbung

Saya masih tak berpuas hati kerana hampir semua ayam-ayam saya dibunuh walhal ia sudah makan seekor dua ayam.Saya masih tercari-cari dari arah mana ia panjat.Tiba-tiba alangkah terkejutnya saya kerana jaring dipasang sebagai dinding reban dikoyak begitu saja.Betul kuat gigi musang ini.Ia mengambil langkah susah mengoyakkan jaring besi ini untuk masuk ke dalam reban.

dsc00037

Kawasan reban ayam saya terbahagi kepada dua bahagian satu untuk ayam dewasa dan ayam kecil.Pada jaring yang terkoyak ini merupakan kawasan anak-anak ayam.Tidak cukup ayam-ayam yang sedang meningkat naik mati dibunuh,musang yang buas ni tidak puas apa yang ia lakukan pergi ke sebelah dengan menguraikan jaring pagar rumah yang sungguh kuat ini.Saya hampir pening kepala dengan perilaku sebegini.Musang jenis apakah ini?


dsc00043




11 ulasan:

  1. salam..besar sangat lubang tu..xkn musang kot..bahaye btol..

    BalasPadam
  2. kt rumah saya saya xpasti musang ke anjing, lantai jaring terkopak besar ( lepas tangan kalau masukkan ). habis anak2 ayam ( 6 ekor, besar dan jinak ). jaring tu terkopak ke atas, bukan ke bawah.pelik betol.

    BalasPadam
  3. saya pun pernah lihat situasi sama seperti ini terjadi di kediaman boss saya di Genting Highlands, reban ayam didirikan dibelakang rumah dan bersebelahan hutan terbuka, bila pagi jer tengok aiik ayam semua dah mati,saya pun terfikir, apa ini betul2 angkara manusia gila atau sang musang? tapi kalau sang musang yang menganas cam ni, kenapa sang musang harus bunuh semua ayam? banyak sangat ker ayam yang sang musang boleh makan? hmmmm....

    BalasPadam
  4. takde kesan tapak kaki ke bro...ganas tul

    BalasPadam
  5. Apa kesudahannya bro? sape punya angkara?

    BalasPadam
  6. kat pagar tu ko cuba tutup dengan zink
    baru musang tak boleh panjat,
    tapi
    kalau sang manusia, kena buat jerat macam lain la plak

    BalasPadam
  7. guna pagar karen bro..
    musang, biawak, anjing malahan babi pon xmasuk dekat bro...
    keluar modal RM350 jeh..

    BalasPadam
  8. ko biar betul...rm 350 je..macammane dengan bil elektrik..mahal tak?

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Farizul :mmg merbaya.harap2 x dtg lg

    dennis :musang ni hanya mkn organ dalaman sj.walaupun ia dah kenyang tp bila nampak byk sgt ayam itu ia terkenyam semua ia nak bunuh

    Tanpa Nama :ada juga call jabatan perhilitan mengatakan haiwan yg mengganas ni lebih besar drpd lubang pada pagar itu.hanya bawa perangkap ttp dpt musang pandan je

    Fairul :tq fairul...nanti sy akan buat

    mang:klu kata idea guna karen tu,jgn kata haiwan pemangsa,manusia pun binasa :-))

    BalasPadam
  11. kalu musang...macamana kita nak halau?maksud sy bgmana caranya.

    BalasPadam

Loading...