Khamis, 26 November 2009

Ayam Dimasukkan ke Dalam Reban

Setelah beberapa bulan yang lepas reban ini disiapkan ayam kampung dimasukkan secara berperingkat-peringkat iaitu kawasan reban terbahagi kepada dua.Sebahagian adalah kawasan untuk perlindungan anak-anak ayam baru akan ditempatkan bersama-sama ibu ayam manakala kawasan sebelah adalah tempat ayam dewasa ditempatkan untuk membiak.Di kawasan anak-anak ayam ini mestilah bebas daripada ayam-ayam dewasa terutama sekali ayam jantan.Ia juga ditempatkan bersama-sama anak-anak ayam yang meningkat dewasa.




Anak-anak ayam tidak boleh dicampurkan bersama-sama bapa ayam bagi mengelakkan ia terpijak dan anak ayam jantan mestilah diasingkan dengan bapa ayam sebelum 'dikerjakan' sehingga sakit atau demam.Bapa ayam perlulah ditempatkan bersama-sama ayam betina yang banyak untuk meredakan garang tersebut.




Anak-anak ayam yang baru menetas hendaklah dikawal di dalam kawasan berpagar terhindar daripada ancaman musuh seperti anjing dan biawak amnya serta dapat mengurangkan jangkitan penyakit.Dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti bilangan ayam manakala bagi ayam dewasa pembiakan mereka untuk menghasilkan telur saja.Bagi pembiakan benih anak ayam hanyalah menunggu penetasan ayam-ayam bebas daripada kawasan berpagar.Reban khas juga dibina untuk ayam-ayam di luar untuk bertelur.

Rajah di atas menunjukkan tempat ayam di luar bertelur dan apabila menetas anak ayam akan ditempatkan ke dalam kawasan berpagar.