Rabu, 11 Mei 2011

Induk Baru Ayam Kampung Dimasukkan Untuk Stok Akan Datang


Baru-baru ini saya telah mengalami satu pengalaman yang agak mengerikan apabila kawasan ternakan ayam kampung saya telah dilanda penyakit yang menyebabkan hampir 95% kematian.Dengan berkat kesungguhan saya dan minat terhadap ayam kampung ini,saya tetap meneruskan usaha saya untuk meneruskan usaha bagi mengekalkan stok atau permintaan daging ayam kampung asli secara berterusan.Saya terus mencari dan mencari benih ayam kampung asli dengan kuantiti yang banyak.Berkat kesungguhan untuk menternak ayam, Allah swt telah membuka jalan dengan menemukan seorang kenalan yang sudi memberikan saya induk ayam kampung asli.Semoga perkara-perkara yang berlaku menjadi pengajaran pada saya untuk terus bangun dan bertindak dengan pantas untuk jadi orang yang hebat. :-) See more

Isnin, 9 Mei 2011

Penyakit Newcastle Disease(ND)

Penyakit Newcastle Disease(ND) juga dikenali sebagai penyakit Sampar Ayam adalah disebabkan oleh jangkitan sejenis virus.Penyakit ini boleh menyebabkan kematian ayam yang tinggi sehingga boleh mencapai pada kadar 70-100%.Penyakit ini boleh menjangkiti manusia yang menyebabkan penyakit mata.Wabak ND sering berlaku di Malaysia setiap tahun.Impak penyakit ini boleh memberi impak yang buruk terhadap ekonomi negara.Oleh itu jangkitan wabak penyakit ND perlu dikawal dan dibasmi dengan segera.

Tanda klinikal jangkitan penyakit seperti ternakan tidak cergas dan monyok,kepala teleng,kemerahan (hemoraj) pada kaki,kematian ayam berterusan bertambah banyak pada kadar yang tinggi (luar biasa) melebihi 3 hingga 100%.

Langkah pencegahan

A. Tanggungjawab orang awam

Lapor setiap kes kematian ayam dengan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) yang berhampiran

B. Kawalan pergerakan

Kawalan pergerakan di antar penternakan yang dijangkiti virus dengan yang tidak dijangkiti.

C. Suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan penyakit

Suntikan vaksin adalah berkesan untuk menghalang dari penularan jangkitan wabak ND.
“Flock Profile” boleh membantu program pemvaksin untuk mengenalpasti tahap immuniti ayam di ladang.

D. Asing,singkir dan musnah

langkah pembasmian wabak ND adalah pemusnahan ayam(stamping out).Pemusnahan ini dijalankan untuk melenyapkan perumah virus ND.Ini boleh memastikan risiko penularan penyakit dapat dikawal.
Pemusnahan perlu dibuat dengan pantas untuk memendekan tempoh virus membiak dan tersebar

E. Kaedah Pelupusan

Pelupusan dengan menanam karkas ayam perlu dijalankan dengan segera,sebaik-baiknya dikawasan ternakan yang sama.Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko virus dibawa keluar dari kawasan berjangkit
pembakaran karkas ayam boleh dijalankan jika kaedah ini tidak menimbulkan masalah alam sekitar

F. Pemusnahan lain-lain produk dan sisa

bahan seperti makanan,tinja dan telur boleh boleh menjadi pembawa virus
bahan ini tidak boleh dibawa keluar / dipindah dari kawasan yang terjangkit dan perlu dimusnahkan dan dilupuskan
bahan organik perlu ditanam dan dikambus terlebih dahulu sebelum keseluruhan kawasan didekotaminasi
bagi ternakan yang terletak dikawasan yang mempunyai paras air yang tinggi,pastikan kawasan pelupusan ditimbus secara membukit

DISINFEKSI DAN DEKONTAMINASI

Disinfeksi dan dekontaminasi perlu dijalankan terhadap perkara-perkara berikut

Kawasan reban
bekas makanan dan minuman
pakaian kerja dan bahan berasaskan kain
kenderaan
peralatan ladang

Jenis-jenis disinfektan yang sesuai

Larutan 4% sodium karbonat
Larutan karbonat dehidrat
Larutan 2% Sodium Hidrosida
Dettol,lysol,lindores,losan dan lain-lain