Khamis, 29 Oktober 2009

Minyak Hitam

Sudah berbulan-bulan saya menjaga reban ayam untuk ia kelihatan menarik dan tahan lama tetapi masih lagi menjadi ancaman daripada anai-anai.Sehingga rentung dikerjakan oleh mereka .Jika hujan turun saja,memang anai-anai ini akan membuat laluan mereka di luar mahupun di dalam papan reban ini. Berkali-kali saya cuba menyembur racun anai-anai tetapi tidak juga berkesan. Akhirnya pada satu hari rakan sekerja saya telah menceritakan satu petua yang mungkin agak logik bila difikirkan iaitu menggunakan minyak hitam kereta atau oil engine terpakai.

Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan kawasan kayu anda didekati daripada anai-anai.Berkesan kah jika kita memakai oil engine ni? Memang ia jika kita lihat rata-rata bengkel kayu jarang diserang oleh anai-anai kerana anai-anai memang pantang dengan bau minyak hitam ni.Ada sesetengah pemilik rumah yang tahu akan petua ni akan mengisi oil engine ke dalam tin dan diletakkan di atas syiling saja sudah mencukupi.

Oleh yang demikian selepas balik kerja saya terus cari oil engine terpakai di bengkel dan menyapu ke dinding reban pada waktu petangnya.Harap-harap berhasil dengan petua yang diperolehi sebab dah banyak modal keluar untuk menghalang anai-anai ini menyerang reban ayam kampung ni.

3 ulasan:

  1. So, bagaiman hasilnya br? Berkesan ke guna minyak hitam tu?

    BalasPadam
  2. x berkesan....ada cara lain guna kapur khas utk anai2 tp blm mencuba lg

    BalasPadam
  3. biasanya minyak hitam ni disapu awl2 lg semasa kayu hendak dibuat rumah/reban dan dibiarkan kering.kemudian disapu lg hingga 2,3 lapisan. setelah kering barulah dipotong dan dibuat rumah/katu atap rumah. aku tgk org buat rumah selalu buat macam ni. kadang2 disapu sebaik sahaja siap kayu atap/tiang rumah dipasang.sekadar share pengalaman

    BalasPadam