Rabu, 1 Ogos 2012

Selamat Pindahkan Anak Ayam Kampung Muda Ke Kurungan Baru

Alhamdulillah selamat juga saya pindahkan anak-anak ayam ke kurungan baru walaupun ada beberapa lagi kurungan untuk ayam ni belum siap akibat bahan-bahan binaan tidak mencukupi dan masa yang suntuk untuk berbuka puasa.Maklumlah tukang kayu pun datang waktu petang.Terpaksa saya gesa mereka untuk siapkan cepat pada petang itu juga.Tiba-tiba tukang kayu cakap tak cukup kayu pula.Tak mengapalah lain kali boleh sambung lagi janji anak ayam nak dipindahkan ini selesai. Dengan rekaan bentuk reban ini memberi kepanasan dan kesejukan pada ayam kampung dengan seimbang.Ayam kampung perlu menerima kepanasan bagi memastikan ia sentiasa sihat daripada demam dan selsema.Tahi ayam yang bersifat amonia pun lepas ke tanah dan jauh pada ayam.Ia tidak memberi kesan pada ayam contohnya demam dan kurang selera makan.Jika tidak kos untuk merawat ayam ini akan meningkat darisegi tempat kurungan untuk kurantin,ubat rawatan dan kematian. Untuk menjaga kesihatan ayam adalah amat penting untuk menentukan tahap pengeluaran pada masa akan datang.Dari segi pemakanan,vitamin,air minum yang sentiasa tukar,kebersihan dan kesihatan. Secara asas kita kena jaga adalah minuman dan makanan.Minuman ayam perlulah ditukar 3 hari sekali.Lagi bagus,kalau dah bau basi cepat-cepat tukar air itu jika tidak ayam akan demam, selsema dan berkahak.Berikan vitamin atau ubat minuman tertentu dengan segera mengikut penyakit yang dialami.Jika demam dan selsema bagi lah minuman antibiotik.Jika kena puru,bagi lah ubat yg berkaitan sulfat dan sapu dengan iodin pada kulitnya.Jika mencungap paruhnya ke atas atau lumpuh jawapanya sembelih saja lah.Jika kuat makan,tapi ringan dan rasa tulang saja bagilah ubat cacing dalam bentuk pil atau buah pinang muda.Ini adalah simptom penyakit cacing.Semua perkara ini berlaku perlulah kita kuarantinkan ayam-ayam berpenyakit untuk melihat prestasi kesihatan dan mengelakkan daripada berjangkit yang lain. Jika mata ayam gatal berair dan asyik digaru dengan kakinya perlu lah diberi ubat titik khas yang tak ada disemenanjung ini.Berkesan bila saya pakai.Ada juga menyarankan supaya titik saja di mata dengan air tembakau atau bancuhan AJINAMOTO.Petua ini belum sempat dipraktikkan sebab belum kesempatan lagi.Semua ini berlaku pada ayam saya pada beberapa bulan dan saya terpaksa membuat kurungan ayam yang mempunyai kelebihan ia yang tersendiri.Banyak juga saya post kan pada kali ini.Semoga ia memberi manfaat pada penternak ayam yang lain.Saya berasa bersyukur tercapai juga saya membina kurungan ini.Dengan berasa sifat pemurah saya share petua-petua ini semoga manfaat pada masa akan datang.Semoga anda kaya dan berjaya. See More

8 ulasan:

  1. idea reban ayam yang bagus, insyallah saya akan cuba jadikan contoh.tq

    BalasPadam
  2. cecuba mana tau berhasil ke :)

    BalasPadam
  3. salam... nampak simple tp berfakta.
    semoga kita dapat berkongsi maklumat.

    BalasPadam
  4. Waalaikum salam.Saya pun masih mengkaji lagi peringkat berapa bulan anak ayam ini tidak lagi atau mudah kena penyakit sakit mata.Tahukah awak AYAM KAMPUNG KELUANG?sebab saya dah mahu lepaskan anak-anak ayam ini.

    BalasPadam
  5. kandang yang bagus, kira-kira habis berapa biaya kandang tersebut? salam kenal.

    BalasPadam
  6. Kayu pak syiling 1bundle 25 batang guna 3 bundle rm200
    kayu 2x1 inci 20 batang rm 98
    paku 2.5inci dan 2inci 3kg setiap satu
    zink lebar 2.5 kakix5 kaki beli 20 keping rm300 cuma baru pakai sebaris tu
    tiang dapat free 2x4 inci
    kayu tambahan dapat daripada kayu pallet
    upah kerja rm50 seorang sehari(tapi tak sampai pun sehari. katanya puasalah,huh)

    kalau nak cut cost boleh lagi tu cuma saya saja nak cepat sebab ayam dah banyak mana boleh tunggu lagi.terpaksa beli kayu baru :)

    BalasPadam
  7. Salam. Saya ingin membeli ayam kampung, bolehkah contact saya dengan 0126046462. TQ

    BalasPadam
  8. VAZBET adalah Agen Tembak Ikan Joker123, Situs Slot Mesin Online
    - Bonus New Member 20%
    - Min. DP 25k
    - Min. WD 25k
    - Bonus Next Deposit 5%
    - Bonus Referral 2%-5%

    Pelayanan Professional 24jam!
    WWW,VAZBETGAME,COM
    WA: +855 878 795 20

    BCA - MANDIRI - BNI - BRI

    BalasPadam