Sabtu, 21 Julai 2012

Kurungan Ayam Kampung Bakal Ditambah

Hari pertama bulan ramadhan 2012 ini saya telah mendapat kayu terpakai yang bakal saya gunakan untuk menambah kurungan bagi ayam saya.Dengan adanya kurungan ini membolehkan saya menambahkan stok ayam yang saya hasilkan mahupun ayam yang dibekalkan dari luar.Di samping itu saya dapat mengawal kadar penyakit pada ayam dengan mengkurantinkan ayam-ayam kampung yang sakit dan memberi rawatan khas daripada ayam-ayam sihat terkena jangkitan. Walaupun hari pertama saya berpuasa,badan ini dah macam zombie kerana sehari suntuk kena turun tapak reban bagi fokus kurungan ayam kampung.Bagi permulaan ini saya hanya mendirikan satu baris saja bagi memerhatikan sama ada design saya ini sesuai atau sebaliknya dengan keadaan cuaca dan persekitaran kawasan reban dalam tempoh tertentu.Jika ia berjaya mengawal kesihatan ayam kampung saya ini,maka design yang sama akan digunakan dan banyak baris atau block akan ditambah.Semoga usaha saya ini diberkati dalam bulan yang mulia ini

2 ulasan:

  1. Salam... nampaknya saudara mula selangkah kehadapan tuk projek ayam kampung nih, buat ternakan ayam kampung ori ker? semoga dapat kita bertukar-tukar ilmu, pengalaman dalam ternakan ayam kampung ini.

    hanc, AYAM KAMPUNG KLUANG
    http://mrhanc.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam.ayam ori.dgn cara begini saya boleh mengawal kuantiti ayam dan kesihatan mereka.banyak lagi teknik yang belum dipraktikkan.terpaksa saya buat yang mana mampu.

      Padam

Loading...