Selasa, 26 Jun 2012

Anak ayam dipindahkan ke reban

Anak ayam kampung saya sudah 3 bulan berada di dalam brooder dan tiba masa nya mereka terpaksa menempuh kehidupan yang sebenar menjadi ayam kampung yang sejati hidup bebas di luar mencari rezeki dan bersosial seperti ayam kampung yang lain.Baru ini yang dikatakan ayam kampung. Setelah hidup sihat di dalam brooder diberi makan dan minum yang cukup,anak-anak ayam kampung ini perlu dipindahkan ke ruang reban yang lebih luas agar kehidupan mereka lebih ceria dan sihat bila dapat berlari dan berkenalan antara satu sama lain.Jika tersilap langkah alamatnya memang kena belasah lah. Sebelum anak-anak ayam ini dilepaskan saya telah memperkenalkan mereka nasi.Semoga selepas ini mereka akan makan nasi bersama-sama ayam kampung dewasa yang lain.Ini adalah menjadi makanan asas bagi mereka dan seterusnya anak-anak ayam kampung akan belajar sendiri menjamu pelbagai menu yang berada disekeliling kawasan ternakan apabila berkawan dengan ayam dewasa.See more

2 ulasan:

  1. saya ada masalah skit yang belum dapat di selesai kan yang menyebabkan pembiakan anak ayam kampung saya kurang menjadi... apa bila anak aym menetas dan selepas 2 atau 3 hari saya keluarkan dan masuk ke dalam reban yang ada lampu untuk memberi haba pada anak ayam.. permasalahan nya sekarang .. anak ayam hanya mampu hidup selama 2 KE 3 MINGGU SAHAJA DAN SELEPAS ITU ANAK AYAM AKAN MATI ... DALAM 100 EKOR ANAK AYAM HANYA 10 KE 15 EKOR SAHAJA YANG HIDUP... ADA CADANGAN TAK UNTUK SELESAIKAN MASALAH NIE... SEKARANG NIE SAYA HANYA MENGGUNAKAN INDUK NYA SENDIRI UNTUK MENGERAM DAN ANAK NYA MEMANG KETARA CANTIK DAN BERSIH NYA SERTA SEHAT NYA.. CUMA LAMBAT/2 KE 3 BIJI TAK MENJADI/ KERA/ BIAWAK/ TELUR PECAH DLL... SAYA PERNAH WAT REBAN AYAM DARI PLAYWOOD DAN GUNAKAN TEROSTAT DIGITAL SET PADA SUHU 37 SAMPAI 34C UNTUK ANAK AYAM DAN HASIL NYA TETAP SAMA... PELIK SEBAB TEMPAT KWN KWN SAYA TAK MATI PUN....

    BalasPadam
  2. bagaimana keadaan anak ayam awak tu.adakah mati mengejut ke,sakit dahulu baru mati ke?jenis apakah ayam awak tu?

    BalasPadam

Loading...