Rabu, 21 Disember 2011

Google pelindung keselamatan dalam reban

Baru-baru ini saya dijangkiti penyakit ketumbit.Keadaan ini begitu merimaskan apatah lagi apabila berhadapan dengan orang ramai dan kebanyakkan memandang sinis lalu mengusik 'mengendap' orang ke?Saya tak peduli apa orang nak cakap janji saya nak sihat.Apabila berhadapan dengan masalah ini,saya berjumpa dengan doktor mengatakan lain kali kalau nak bawa motor pakai helmet yang bervisor jika tidak habuk akan masuk mata.Jika dibiarkan atau tidak dititik beratkan penyakit ketumbit boleh berulang.Walhal saya ini dah lama tak bawa motor.Punya lah sakit bila operasikan mata ni.Baru saya sedar bahawa penyakit ketumbit yang saya hadapi ini adalah berpunca daripada habuk yang berterbangan di dalam reban.

Apabila kita menternak ayam kampung ini kita akan berhadapan dengan banyak habuk.Bila kita kendalikan jagung ada habuk,pegang dedak ada habuk,bersihkan sarang ayam ada habuk malah ayam terperanjat terbang pun kena habuk.Oleh kerana itu saya sarankan janganlah jadi macam saya ini,pakailah cermin keselamatan untuk menghindarkan habuk daripada terkena pada mata yang boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemalangan.



Selasa, 13 Disember 2011

Anak Ayam Kampung Baru Menetas

Selepas serangan anjing liar ke reban saya ini yang mengakibatkan kematian sebanyak 30 lebih ekor,anak ayam sebanyak lebih kurang 30 ekor telah menetas...Rasa dan gembira bila anak-anak ayam ni menetas.Syukur alhamdulillah.Semoga ia cepat membesar dengan sihat hingga boleh dituai.See More


Ibu ayam dikurung dalam serkap membolehkan anak-anak ayam kampung menjadi lebih sihat


Tidak kurangnya pula anak ayam kampung dari inkubator

Selasa, 29 November 2011

Ibu dan Anak Ayam Kampung Yang Selamat


Selepas reban ayam saya telah diserang oleh anjing liar yang membunuh lebih kurang 40 ekor ayam kecil dan besar adalah satu kerugian bagi penternak ayam kampung seperti saya.Dalam kejadian tersebut beberapa ekor ibu ayam dan berpuluh anak ayam kampung yang mati hanya seekor ibu dan 10 ekor anak ayam telah terselamat.Mungkin ini rezeki atau stok yang tinggal pada masa akan datang.See more




Gambar Hiasan

Isnin, 28 November 2011

Reban Ayam Kampung di Pasang Zink


Setelah reban ayam kampung saya diserang dan dibunuh oleh anjing liar baru lah tukang kayu datang untuk memasang zink.Ok lah tu daripada tak datang langsung.Zink bersaiz 4 itu dipasang disekeliling kawasan reban untuk mengelakkan binatang liar lain masuk ke dalam kawasan reban.Ia digunakan kerana zink bersifat kuat dan licin.Selain daripada itu ia dapat mengurangkan suhu yang panas ketika cuaca cerah.



Khamis, 24 November 2011

Reban Ayam Kampung diSerang Anjing Liar


Baru-baru ini sedang sibuk membuat persiapan sebelum majlis perkahwinan adik saya reban ayam kampung saya telah diserang anjing liar.Ketika itu saya berada di tempat kerja.Alangkah terkejut apabila saya mendapat tahu apabila bapa saya menelefon mengatakan hampir separuh ayam saya mati dibunuh oleh anjing-anjing liar tersebut.Walaupun reban ayam kampung saya ini dipasang dengan jaring besi halus tetapi ia masih boleh dibolosi oleh anjing-anjing liar tersebut.Anjing-anjing ini menggunakan kekuatan gigi yang tajam boleh merobek jaring besi tersebut.



Memang sudah lama saya bercadang untuk memasang zink yang sudah dibeli tetapi memandangkan tukang kayu asyik sibuk melayan pelanggan lain untuk menyiapkan rumah binaan.Apa kan daya anjing-anjing liar sudah menyerang dahulu reban ayam kampung.Saya redha saja apa yang telah berlaku.Mungkin tak ada rezeki.Oleh itu kena terus bangkit daripada kegagalan untuk menjadi insan yang hebat :-) See More

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kebersihan reban wajib dijaga

Reban ayam kampung wajib dijaga dan tidak boleh diambil ringan kerana jika sampah dan najis ayam tidak dibuang akan mengundang penyakit,bau busuk,lalat membiak dan keselamatan pada manusia.

Apabila najis yang banyak atau berkumpul pada satu tempat boleh menyebabkan lalat hinggap dan membiak dengan banyak.Bau busuk juga tidak menyenangkan hidung manusia atau sesiapa saja yang berbau.Ia boleh menyebabkan tidak senang pada penduduk sekitar.Ia juga menjadi tarikan pada setiap pemangsa kerana bau najis tersebut.

Untuk mengurangkan kadar bau tersebut disarankan supaya taburkan pasir sungai di tanah sekitar ayam bertenggek atau kawasan ayam selalu berkumpul.Ia boleh mengeringkan najis atau tahi ayam kampung ini dengan lebih cepat.Gunakan EM(Efective Microorganisme) untuk menghilangkan bau,mencepatkan najis itu kering dan mengurangkan pembiakan serangga pembawa penyakit.Dengan cara menggunakan EM ni adalah kawalan biologi dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Penjagaan kebersihan ini boleh mengelakkan dan mengurangkan kadar penyakit dan kematian pada anak ayam yang berusia 1-3 bulan.Sampah-sarap seperti tulang ikan atau sisa makanan yang keras dan tajam kena dibersihkan untuk mengelakan daripada manusia terpijak yang boleh menyebabkan tercedera.Ia juga bertujuan bagi mengurangkan burung-burung lain singgah terutama sekali burung gagak yang suka mencuri makanan.

Oleh itu jaga kebersihan reban anda,jangan ambil ringan.Jika semua bersih,ayam sihat,manusia pun sihat.

Selasa, 20 September 2011

Sulftrim minuman ayam kampung


Ayam adalah haiwan yang mudah dijangkiti penyakit berbanding haiwan-haiwan lain.Ayam mudah dijangkiti penyakit lebih-lebih lagi ia kurang mendapatkan zat-zat atau memakan tumbuh-tumbuhan semulajadi di luar dari reban.Ayam memerlukan agen-agen penghantaran atau pengangkutan tambahan dalam badan bagi mengagihkan zat-zat seperti vitamin,oksigen dan ubat-ubat antibodi untuk melawan penyakit yang kita tidak nampak pada matakasar berbanding manusia, serba serbi lengkap.Adakalanya bukan semua penjual makanan atau ubat-ubat arif tentang ternakan kita. Mereka cuma kata brand ini bagus.Peniaga lain kata brand ini lagi bagus.

Kadang-kadang peniaga hanya mengatakan brand ubat minuman ini adalah yang terbaik masa kan harganya mahal. Apabila saya cuba masih tidak berhasil. Yang paling penting adalah jenis kandungan yang sesuai bagi masalah penyakit yang berlaku pada ayam melalui faktor simptom pada ayam kampung itu. Perkara ini kita kena lah rujuk pada pegawai verterinar atau orang yang lama pelihara ayam kampung. Nak ikut cara tradisional pun boleh juga kadang-kadang agak rumit sikit.

Oleh itu saya telah mendapat nasihat supaya menggunakan ubat minuman ayam mengandungi sulfat yang menjadi agen penghantaran atau pengangkutan zat-zat dalam sistem badan ayam. Ketika itu simptom-simptom penyakit masih kelihatan walaupun dah beri ND, saya melihat ada perubahan pada ayam saya selepas memberi ubat minuman tersebut.