Jumaat, 11 Mei 2012
Anak ayam kampung dipelihara di dalam brooder
Kebelakangan ini jumlah telur anak ayam kampung yang menetas amat mengalakkan secara semulajadi dengan menggunakan ibu ayam.Jumlah ayam dewasa yang semakin banyak menyukarkan lagi untuk anak-anak ayam yang berusia sebulan ke bawah untuk terus hidup walaupun bersama ibunya.Jika perkara ini masih dibiarkan anak-anak ayam kampung ini bersama ibunya maka potensi untuk hidup dengan peratus yang tinggi adalah tipis.
Kebelakangan ini pula anak-anak ayam kampung yang dibawa atau dibimbing oleh ibunya sendiri akan mengalami sakit-sakit atau jangkitan kuman apabila ibunya sedang melalui proses penceraian.Seekor demi seekor akan tumbang disebabkan sudah tiada arah tuju apabila tiada pembimbing.Hanya anak ayam kampung yang bernasib baik sahaja boleh meneruskan kehidupan di masa akan datang.Jadi langkah yang diambil adalah memelihara anak ayam ini dari usia mereka baru menetas hingga usia 2bulan hingga 3 bulan baru dilepaskan.Oleh kerana itu terpaksa lah saya memelihara anak-anak ayam kampung ini di dalam brooder.See More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadamSy dah lepas kn ank ayam tu sejak umur sebulan,sbb tmpat tak cukup.lg pn sy tgok ayam tu dah ngelupur nk kluar.stakat ni dh 5 ekor mati.nk bw masuk brooder ke cmna ye?
Waalaikum salam.pada pendapat saya kalau umur 1-2 bulan masih kecil lagi.umur 3 bulan baru boleh turun tanah itu pun masih ada risiko untuk mati.klu boleh kawasan reban awak tu kurangkan berpasir kerana habuk boleh menyebabkan anak ayam kena sakit mata.nanti puas pula nak merawat atau mati terus.pastikan makanan sentiasa ada kalau tak mereka akan mengamuk atau merusuh.yang paling ideal umur 2bulan baru keluarkan dari brooder seperti di atas tu.mereka kena dikurungkan lagi dua bulan dalam sangkar kucing,kuantiti 10ekor saja.selepas itu dipindahkan di reban kurungan dalam ukuran 2.5kaki x 2.5 kaki(kurungan ayam dewasa,ayam laga pun boleh dikurung di dalamnya)kalau tak muat agih-agihkan lah ayam yang 10ekor tu.buat banyak kurungan reban untuk kesenangan kemudian hari.bulan ke 5 baru antibodi dia kuat.pastikan reban kurungan berlantai jarak dari tanah 3 kaki.
BalasPadamassalamualaikum, maaf mencelah.. mmg betul kata saudara kautsar.. tapi bergantung juga pada anak ayam tu kuat atau tidak, anak ayam saya lepaskan pd umur 1 bulan alhamdulillah xde masalah wat masa ni, malah lagi agresif dn cepat besar, yang penting dpt kekalkan sifat keORIan nyer..hu3
PadamProjek ternakan ayam kampung ni di mana?
BalasPadam