Khamis, 24 November 2011

Reban Ayam Kampung diSerang Anjing Liar


Baru-baru ini sedang sibuk membuat persiapan sebelum majlis perkahwinan adik saya reban ayam kampung saya telah diserang anjing liar.Ketika itu saya berada di tempat kerja.Alangkah terkejut apabila saya mendapat tahu apabila bapa saya menelefon mengatakan hampir separuh ayam saya mati dibunuh oleh anjing-anjing liar tersebut.Walaupun reban ayam kampung saya ini dipasang dengan jaring besi halus tetapi ia masih boleh dibolosi oleh anjing-anjing liar tersebut.Anjing-anjing ini menggunakan kekuatan gigi yang tajam boleh merobek jaring besi tersebut.



Memang sudah lama saya bercadang untuk memasang zink yang sudah dibeli tetapi memandangkan tukang kayu asyik sibuk melayan pelanggan lain untuk menyiapkan rumah binaan.Apa kan daya anjing-anjing liar sudah menyerang dahulu reban ayam kampung.Saya redha saja apa yang telah berlaku.Mungkin tak ada rezeki.Oleh itu kena terus bangkit daripada kegagalan untuk menjadi insan yang hebat :-) See More

3 ulasan:

  1. Kalau tak silap saya, hari tu pernah diserang musang kan? Kali ni anjing liar pula..takziah. Tapi hikmahnya, Allah nak melatih saudara jadi lebih kuat dan bijak mengatasi cabaran. :)

    BalasPadam
  2. Lepixie:yup serangan musang,ni pula anjing....mmg mencabar btl ternak ayam ni...
    bukan semudah org lain sangka :-)

    BalasPadam
  3. Ternakkan Kami juga terdedah pada haiwan pemangsa seperti ular,biawak, monyet,anjing siam, dlln... disebbkn kawasan kami sekitarnya adalah kawasan jelapang padi..

    BalasPadam