Rabu, 1 Februari 2012

Stok ayam kampung pada bulan Jun dan Julai 2012

Baru-baru ini anak-anak ayam kampung saya dapat diturunkan lebih kurang 70 ekor.Penetasan tersebut memberi suntikan semangat saya untuk mempertambahkan lagi bilangan ayam kampung saya ini.Ia juga selari dengan jatuh nya bulan puasa dan raya.Sekurang-kurangannya tak ada lah pelanggan merungut bekalan ayam kampung tidak mencukupi.



Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more

Rumah untuk dijual di Melaka

Isnin, 2 Januari 2012

Anak Ayam Kampung Kembali Lagi



Alhamdulillah baru-baru ini anak ayam kampung saya menjadi dan menetas.Saya menggunakan kaedah serkap dan brooder untuk melihat kaedah mana efektif untuk pembesaran anak ayam



Anak ayam kampung dikurungkan bersama ibunya di dalam kurungan berkaki





Anak ayam kampung yang dikurung dengan ibunya didalam serkap lebih aktif dan berdikari



Ini adalah anak ayam kampung yang dibesarkan menggunakan brooder dan mentol lebih sihat dan pembesaran ia pun cepat.See More





Rabu, 21 Disember 2011

Google pelindung keselamatan dalam reban

Baru-baru ini saya dijangkiti penyakit ketumbit.Keadaan ini begitu merimaskan apatah lagi apabila berhadapan dengan orang ramai dan kebanyakkan memandang sinis lalu mengusik 'mengendap' orang ke?Saya tak peduli apa orang nak cakap janji saya nak sihat.Apabila berhadapan dengan masalah ini,saya berjumpa dengan doktor mengatakan lain kali kalau nak bawa motor pakai helmet yang bervisor jika tidak habuk akan masuk mata.Jika dibiarkan atau tidak dititik beratkan penyakit ketumbit boleh berulang.Walhal saya ini dah lama tak bawa motor.Punya lah sakit bila operasikan mata ni.Baru saya sedar bahawa penyakit ketumbit yang saya hadapi ini adalah berpunca daripada habuk yang berterbangan di dalam reban.

Apabila kita menternak ayam kampung ini kita akan berhadapan dengan banyak habuk.Bila kita kendalikan jagung ada habuk,pegang dedak ada habuk,bersihkan sarang ayam ada habuk malah ayam terperanjat terbang pun kena habuk.Oleh kerana itu saya sarankan janganlah jadi macam saya ini,pakailah cermin keselamatan untuk menghindarkan habuk daripada terkena pada mata yang boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemalangan.



Selasa, 13 Disember 2011

Anak Ayam Kampung Baru Menetas

Selepas serangan anjing liar ke reban saya ini yang mengakibatkan kematian sebanyak 30 lebih ekor,anak ayam sebanyak lebih kurang 30 ekor telah menetas...Rasa dan gembira bila anak-anak ayam ni menetas.Syukur alhamdulillah.Semoga ia cepat membesar dengan sihat hingga boleh dituai.See More


Ibu ayam dikurung dalam serkap membolehkan anak-anak ayam kampung menjadi lebih sihat


Tidak kurangnya pula anak ayam kampung dari inkubator

Selasa, 29 November 2011

Ibu dan Anak Ayam Kampung Yang Selamat


Selepas reban ayam saya telah diserang oleh anjing liar yang membunuh lebih kurang 40 ekor ayam kecil dan besar adalah satu kerugian bagi penternak ayam kampung seperti saya.Dalam kejadian tersebut beberapa ekor ibu ayam dan berpuluh anak ayam kampung yang mati hanya seekor ibu dan 10 ekor anak ayam telah terselamat.Mungkin ini rezeki atau stok yang tinggal pada masa akan datang.See more




Gambar Hiasan

Isnin, 28 November 2011

Reban Ayam Kampung di Pasang Zink


Setelah reban ayam kampung saya diserang dan dibunuh oleh anjing liar baru lah tukang kayu datang untuk memasang zink.Ok lah tu daripada tak datang langsung.Zink bersaiz 4 itu dipasang disekeliling kawasan reban untuk mengelakkan binatang liar lain masuk ke dalam kawasan reban.Ia digunakan kerana zink bersifat kuat dan licin.Selain daripada itu ia dapat mengurangkan suhu yang panas ketika cuaca cerah.



Khamis, 24 November 2011

Reban Ayam Kampung diSerang Anjing Liar


Baru-baru ini sedang sibuk membuat persiapan sebelum majlis perkahwinan adik saya reban ayam kampung saya telah diserang anjing liar.Ketika itu saya berada di tempat kerja.Alangkah terkejut apabila saya mendapat tahu apabila bapa saya menelefon mengatakan hampir separuh ayam saya mati dibunuh oleh anjing-anjing liar tersebut.Walaupun reban ayam kampung saya ini dipasang dengan jaring besi halus tetapi ia masih boleh dibolosi oleh anjing-anjing liar tersebut.Anjing-anjing ini menggunakan kekuatan gigi yang tajam boleh merobek jaring besi tersebut.



Memang sudah lama saya bercadang untuk memasang zink yang sudah dibeli tetapi memandangkan tukang kayu asyik sibuk melayan pelanggan lain untuk menyiapkan rumah binaan.Apa kan daya anjing-anjing liar sudah menyerang dahulu reban ayam kampung.Saya redha saja apa yang telah berlaku.Mungkin tak ada rezeki.Oleh itu kena terus bangkit daripada kegagalan untuk menjadi insan yang hebat :-) See More