Khamis, 9 Ogos 2012
Anak Ayam kampung banyak cedera dan mati
Baru-baru ini ada kejadian mati anak ayam yang berumur 3bulan.Semalam saya tengok segar saja tetiba hari mati pula.Kemudian hari seterusnya ada ayam cedera sehingga luka parah.Apabila saya melakukan siasatan mendapati ada sesetengah ayam yang berpengaruh atau dominant telah mematuk ayam lain yang lemah sehingga mati.Begitu lah kalau ayam dah garang dan lapar.Bulu adik beradiknya pun dia nak makan.Akhirnya luka kulit.Ayam ini jika luka dan berdarah mereka akan mematuk tempat yang luka atau berdarah itu sehingga boleh menyebabkan ayam ini boleh mati.
Jika dibiarkan berlarutan ia boleh mempengaruhi ayam lain supaya mematuk antara satu sama lain akhirnya akan cedera dan mati.Oleh itu ayam yang nakal membuli anak ayam yang lain perlulah diasingkan supaya perbuatan membuli dapat dihentikan dan penternak boleh mengelakkan daripada kematian.See More
Rajah di atas adalah reban kurungan asal menempatkan anak-anak ayam dengan banyak
Oleh kerana tiada tempat kurungan lagi terpaksalah kurung mereka dalam serkap untuk sementara waktu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
en. kautsar mungkin anak2 ayam tu stress sbb di kurung. itu yg menyebabkan mereka mematuk anak2 ayam yg lain. tak boleh ke lepaskan mereka dlm satu kawasan utk mereka bermain dan masukkan semula ke reban pd waktu malam. sekadar bertanya sbb xde pengalaman. tq
BalasPadamTerima kasih.Tujuan saya mengurung anak ayam ini untuk mengawal kesihatan ketika awal usia bagi mengelakkan ayam terkena penyakit kerana pada usia begini anak ayam mudah kena penyakit.Sifat ayam ini kalau seekor dah kena patuk maka lain-lain ayam akan bantu mematuk lebih-lebih lagi bila nampak darah.Maka ayam yang jadi mangsa itu akan dipatuk sampai mati kerana cedera parah.Jika seekor atau dua ekor jadi pematuk masih boleh diasingkan lagi pada ayam yang garang itu.Jika semua dah bersifat samseng maka terpaksa melepaskan semua supaya tidak lagi jadi nya gejala membuli dan yang lemah boleh melarikan diri.Ada sesetengah berpendapat bulu ayam yang dipatuk itu berasa masin.Itu yang menjadi mangsa keadaan.
BalasPadamCuba letak batang pisang dalam reban tu. Ianya membantu dalam kes ayam kampung kacuk saya. Semuanya berhenti saling mematuk. Cari batang pisang yg warnanya agak kemerahan. Pastu letak je kat dalam reban.
BalasPadamVAZBET adalah Agen Tembak Ikan Joker123, Situs Slot Mesin Online
BalasPadam- Bonus New Member 20%
- Min. DP 25k
- Min. WD 25k
- Bonus Next Deposit 5%
- Bonus Referral 2%-5%
Pelayanan Professional 24jam!
WWW,VAZBETGAME,COM
WA: +855 878 795 20
BCA - MANDIRI - BNI - BRI