Rabu, 20 Mac 2013
Cuaca Panas Dapat Menyihatkan Ayam Kampung
Di musim panas ini memberi tekanan yang tinggi pada ayam sekaligus boleh membuatkan ayam kampung mudah kena penyakit.Oleh itu dalam cuaca atau suhu yang panas ini,ayam-ayam kampung perlulah disediakan serbuk minuman anti-stress supaya mengurangkan stress ayam ketika panas.Keadaan boleh menjadi bertambah stress akibat ruang yang sempit ditambah kuantiti ayam yang banyak boleh menimbulkan tekanan pada ayam kampung.
Jika amalan memberi minuman pada ayam kampung ini dengan serbuk anti-stress menyokong ayam ini supaya hidup dengan sihat dan cergas.Ciri-ciri ayam yang sihat adalah muka kemerah-merahan,aktif,tidak selalu tidur,kuat makan,berat dan tahinya selembut krim.Penjagaan dan teknik yang betul juga boleh membantu dan mengekalkan kesihatan ayam.See more
Rabu, 27 Februari 2013
Ayam Kampung Bertambah Banyak
Jika mahu ayam kampung anda kelihatan lebih banyak lebih sihat dan cergas perlulah dijaga dan dikawal dengan cara betul.Anak-anak ayam kampung hendaklah dijaga dengan betul pada peringkat awal bagi memastikan ia boleh membesar dengan kadar pertumbuhan yang cepat sehingga dewasa.Selain daripada faktor kebersihan,kawasan dan cuaca sejuk,kesihatan ayam juga perlu dititik beratkan dengan pencegahan awal supaya ayam-ayam ini akan dapat bertahan jika diserang sesuatu penyakit iaitu dengan mengamalkan multi-vitamin dan menggunakan ubat-ubat sesuai apabila terdapat kawanan ayam didapati simptom-simptom penyakit.Jika tidak penyakit ini akan berjangkit pada seluruh kawasan ternakan.
Selasa, 26 Februari 2013
Vitamin Dan Rawatan
Dalam kuntiti ayam yang banyak bukan semua ayam mendapat makanan yang seimbang secara sama rata.Ayam yang kuat dan cergas akan mendominasi kawasan persekitaran yang lemah pula akan singkirkan jauh-jauh.Akhirnya ayam yang lemah akan kekurangan makanan serta khasiat yang diperlukan.Oleh kerana itu pemakanan tambahan diperlukan bagi zat untuk setiap ayam dapat sama rata agar ayam semua akan membesar dengan sekata.
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Sabtu, 2 Februari 2013
Ayam Kampung CNY 2013
Tahun baru cina hampir tiba maka kaum cina semakin hampir membuat persediaan untuk menyambut tahun yang bermakna itu.Oleh itu saya mengambil kesempatan
ingin mengucapkan Happy New Year...Gong Xi Fa Chai.Baru saja seminggu lagi untuk menyambut tahun baru jiran-jiran saya yang berbangsa cina sudah menempah ayam kampung untuk kegunaan mereka nanti tapi semua yang datang membeli ayam kampung betina saja.Saya pun hairan kenapa lah mereka ni suka sangat pada ayam kampung betina ini lebih-lebih lagi yang muda.
Terpaksa lah lain kali saya mesti menyediakan lebih banyak ayam kampung betina lebih banyak lagi.
Khamis, 6 Disember 2012
Ayam Muda Bersama Ayam Kecil
Tiada apa yang hendak dikatakan kecuali ucapan Alhamdulillah kerana limpah rahmatnya menternak ayam sebanyak ini.Walaupun sebanyak ini pun sudah pening kepala.Jika lambat bagi makan alamatnya memang buat piket lah didepan rumah.Apabila ayam ini sudah membesar dan menjadi ayam muda membuatkan anak ayam kampung kecil bersaing untuk terus hidup untuk mendapatkan makanan.Oleh kerana itu saya terpaksa mengawal ayam-ayam kampung muda ini daripada berebut makan di kalangan anak-anak ayam kampung.
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Selasa, 6 November 2012
Ayam Kampung Semakin Membiak
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat ayam kampung.Setelah lama menyepi daripada memberi info-info terkini, pada bulan ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan ayam kampung saya selepas mendirikan kurungan pada kawasan farm saya bermulai Julai yang lepas.Saya mendapati pembiakan dan pembesaran ayam-ayam kampung saya amat menggalakkan apabila kaedah yang digunakan ini dan penjadualan pemberian vitamin serta ubat-ubatan dapat mengurangkan kadar kematian.Ayam-ayam semakin sihat dengan bulu-bulu yang berkilat dan aktif.
Usaha yang giat dan tanpa jemu, membuahkan hasil berbanding sebelum ini membuatkan saya tak henti-henti melayan karenah ayam-ayam kampung ini.Atas nasihat dan bantuan kawan-kawan seperjuangan juga memberi input yang berkesan sehingga saya merasakan untuk mendirikan lagi beberapa kurungan untuk anak-anak ayam yang masih kecil yang tidak beberapa kuat antibodinya terutama musim hujan ini.Semoga Allah SWT merahmati usaha saya ini untuk membantu orang di sekeliling.Saya mesti kaya dan berjaya.Anda bagaimana pula :-)
Jumaat, 26 Oktober 2012
Ayam Organik
Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl).
Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit.
Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.
Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Langgan:
Catatan (Atom)





