Selasa, 6 November 2012
Ayam Kampung Semakin Membiak
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat ayam kampung.Setelah lama menyepi daripada memberi info-info terkini, pada bulan ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan ayam kampung saya selepas mendirikan kurungan pada kawasan farm saya bermulai Julai yang lepas.Saya mendapati pembiakan dan pembesaran ayam-ayam kampung saya amat menggalakkan apabila kaedah yang digunakan ini dan penjadualan pemberian vitamin serta ubat-ubatan dapat mengurangkan kadar kematian.Ayam-ayam semakin sihat dengan bulu-bulu yang berkilat dan aktif.
Usaha yang giat dan tanpa jemu, membuahkan hasil berbanding sebelum ini membuatkan saya tak henti-henti melayan karenah ayam-ayam kampung ini.Atas nasihat dan bantuan kawan-kawan seperjuangan juga memberi input yang berkesan sehingga saya merasakan untuk mendirikan lagi beberapa kurungan untuk anak-anak ayam yang masih kecil yang tidak beberapa kuat antibodinya terutama musim hujan ini.Semoga Allah SWT merahmati usaha saya ini untuk membantu orang di sekeliling.Saya mesti kaya dan berjaya.Anda bagaimana pula :-)
Jumaat, 26 Oktober 2012
Ayam Organik
Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl).
Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit.
Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.
Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Sabtu, 22 September 2012
Taun Ayam(Cholera Chicken)
Pernahkah Ayam-ayam di Belakang rumah menghadapi penyakit sebegini?-
Penyakit ini pertama kali direkodkan dalam abad ke-18. Walau bagaimanapun ia tidak sehingga tahun 1880-an bahawa Louis Pasteur pertama kali diasingkan dan berkembang dalam budaya tulen.Berasal penyakit ayam di Eropah, ia mula-mula direkodkan di Amerika Utara pada tahun 1943-44. Sejak itu wabak telah direkodkan hampir setahun dalam burung liar. Hari ini, penyakit ini adalah yang paling lazim di unggas air liar Amerika Utara.
Wabak berlaku dalam cuaca sejuk dan basah (di akhir musim panas, jatuh, dan musim sejuk). Wabak sering dikesan kembali kepada kehadiran pembiakan tikus di rumah. Ini dianggap menyebarkan penyakit dari bangkai burung mati (mungkin dari backyards jiran), tidak wajar dilupuskan. Apabila penyakit ini diperkenalkan kepada kawanan, ia akan kekal sehingga pemusnahan. Pembawa kronik sentiasa boleh membawa kepada muncul semula penyakit pada burung terdedah.
Dalam burung liar, penyakit ini yang paling sering dikaitkan dengan tanah lembap. Ditentukan bahawa tanah lembap bertindak sebagai takungan jangka pendek, mencatatkan sejumlah besar bakteria dalam tanah dan air melalui tempoh wabak itu. Wetlands, bagaimanapun, tidak panjang takungan panjang. Penyakit ini membentangkan dalam dua bentuk yang sangat berbeza: akut dan kronik.
Burung dengan kronik burung taun, lebih biasa dalam ayam domestik, mempamerkan sakit berpanjangan dengan jangkitan yang lebih setempat. Jangkitan kronik telah ditunjukkan dalam Angsa Salji, dan individu-individu yang dipercayai menjadi lama takungan berhijrah panjang bagi penyakit. Apabila bakteria mendapat diperkenalkan kepada penduduk burung terdedah, wabak taun akut burung berikut.
Burung yang dijangkiti akan mati 6-12 jam selepas dijangkiti bakteria, dan burung sakit sangat sedikit telah diterangkan. Oleh kerana persatuan dan kesatuan padat, unggas air adalah yang paling biasa terjejas oleh P. multocida, namun memakan bangkai dan burung air yang lain sering terjejas dalam wabak pelbagai spesies yang besar.
Dalam kes akut, cirit-birit hijau boleh menjadi gejala awal.
Gejala yang paling biasa, dalam kes-kes kronik, adalah bengkak daripada Wattles. Ia adalah lebih kerap dalam baka tempatan tahan. Bukannya jangkitan umum, jangkitan setempat lebih ciri. Ini sering berlaku dalam saluran pernafasan termasuk sinus dan pneumatoics tulang, sendi keadaan berhutang, Bursa sternal, pad kaki, rongga peritoneal dan oviducts.
Dalam kes akut, luka yang paling tipikal adalah petechiae diperhatikan dalam tisu lemak epicardial. Necrotic tumpuan pada hati biasanya ditemui dan hyperemia umumnya adalah perkara biasa. Disebabkan kelajuan jangkitan dan kematian, burung dalam keadaan badan yang baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpanjangan.
Pada tahun 2011 wabak taun burung membunuh beribu-ribu itik Eider di kawasan Artik Kanada. Saintis sedang mengkaji wabak dan potensi untuk merebak ke Greenland.
Rawatan yang paling berkesan dalam pembiakan ternakan atau meletakkan ayam adalah individu suntikan intramuskular tetracyclines jangka bertindak, dengan antibiotik yang sama dalam air minuman, serentak. Tanda-tanda kematian dan klinikal akan berhenti dalam masa satu minggu. Tetapi bakteria mungkin kekal hadir dalam kawanan.
Rabu, 15 Ogos 2012
Ayam Kampung Untuk Hari Raya ini
Selamat Hari Raya daripada saya kepada semua peminat ayam kampung.Semoga ibadat Ramadhan tahun ini amat bermakna pada kita semua.Tidak lupa dan bersyukur kita atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT supaya kita tidak leka dan berpada-pada menjalani hidup di muka bumi ini.Setiap rezeki yang telah dilemparkan wajib kita mensyukuri-Nya.
Sepanjang Ramdhan ini amat bermakna bagi saya kerana diberi hidayah dan taufik untuk memajukan lagi Penternakan Ayam Kampung saya ini.Walaupun banyak cabaran yang dihadapi,ini adalah ujian dan pelajaran bagi saya untuk meningkatkan lagi produktiviti saya kalau nanti diberi dengan banyak tidak terpikul bahu saya ini.Insyallah lepas ini saya nak boom lagi kuantiti ayam saya lebih kepada kualiti dari permintaan pasaran.
Begitu juga pada anda semua buat lah sesuatu itu dengan matlamat yang jelas dan dapat membantu orang-orang lain di sekeliling.Tidaklah orang ramai tercari-cari ayam kampung ke sana-sini.Kalau anda semua ada ayam kampung kan dapat membantu orang lain kan.... Tidak kira apa jua perkara yang kita buat selain menternak ayam kampung janji kita boleh membantu orang disekeliling kita.
Ayam kampung saya tidak lah banyak sangat untuk hari raya ini kerana sebelum Ramadhan dan habis dijual.Tinggallah beberapa ekor saja yang tinggal.Mungkin itu untuk dijadikan lauk santapan raya ini.See more
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Khamis, 9 Ogos 2012
Anak Ayam kampung banyak cedera dan mati
Baru-baru ini ada kejadian mati anak ayam yang berumur 3bulan.Semalam saya tengok segar saja tetiba hari mati pula.Kemudian hari seterusnya ada ayam cedera sehingga luka parah.Apabila saya melakukan siasatan mendapati ada sesetengah ayam yang berpengaruh atau dominant telah mematuk ayam lain yang lemah sehingga mati.Begitu lah kalau ayam dah garang dan lapar.Bulu adik beradiknya pun dia nak makan.Akhirnya luka kulit.Ayam ini jika luka dan berdarah mereka akan mematuk tempat yang luka atau berdarah itu sehingga boleh menyebabkan ayam ini boleh mati.
Jika dibiarkan berlarutan ia boleh mempengaruhi ayam lain supaya mematuk antara satu sama lain akhirnya akan cedera dan mati.Oleh itu ayam yang nakal membuli anak ayam yang lain perlulah diasingkan supaya perbuatan membuli dapat dihentikan dan penternak boleh mengelakkan daripada kematian.See More
Rajah di atas adalah reban kurungan asal menempatkan anak-anak ayam dengan banyak
Oleh kerana tiada tempat kurungan lagi terpaksalah kurung mereka dalam serkap untuk sementara waktu
Rabu, 1 Ogos 2012
Selamat Pindahkan Anak Ayam Kampung Muda Ke Kurungan Baru
Alhamdulillah selamat juga saya pindahkan anak-anak ayam ke kurungan baru walaupun ada beberapa lagi kurungan untuk ayam ni belum siap akibat bahan-bahan binaan tidak mencukupi dan masa yang suntuk untuk berbuka puasa.Maklumlah tukang kayu pun datang waktu petang.Terpaksa saya gesa mereka untuk siapkan cepat pada petang itu juga.Tiba-tiba tukang kayu cakap tak cukup kayu pula.Tak mengapalah lain kali boleh sambung lagi janji anak ayam nak dipindahkan ini selesai.
Dengan rekaan bentuk reban ini memberi kepanasan dan kesejukan pada ayam kampung dengan seimbang.Ayam kampung perlu menerima kepanasan bagi memastikan ia sentiasa sihat daripada demam dan selsema.Tahi ayam yang bersifat amonia pun lepas ke tanah dan jauh pada ayam.Ia tidak memberi kesan pada ayam contohnya demam dan kurang selera makan.Jika tidak kos untuk merawat ayam ini akan meningkat darisegi tempat kurungan untuk kurantin,ubat rawatan dan kematian.
Untuk menjaga kesihatan ayam adalah amat penting untuk menentukan tahap pengeluaran pada masa akan datang.Dari segi pemakanan,vitamin,air minum yang sentiasa tukar,kebersihan dan kesihatan. Secara asas kita kena jaga adalah minuman dan makanan.Minuman ayam perlulah ditukar 3 hari sekali.Lagi bagus,kalau dah bau basi cepat-cepat tukar air itu jika tidak ayam akan demam, selsema dan berkahak.Berikan vitamin atau ubat minuman tertentu dengan segera mengikut penyakit yang dialami.Jika demam dan selsema bagi lah minuman antibiotik.Jika kena puru,bagi lah ubat yg berkaitan sulfat dan sapu dengan iodin pada kulitnya.Jika mencungap paruhnya ke atas atau lumpuh jawapanya sembelih saja lah.Jika kuat makan,tapi ringan dan rasa tulang saja bagilah ubat cacing dalam bentuk pil atau buah pinang muda.Ini adalah simptom penyakit cacing.Semua perkara ini berlaku perlulah kita kuarantinkan ayam-ayam berpenyakit untuk melihat prestasi kesihatan dan mengelakkan daripada berjangkit yang lain.
Jika mata ayam gatal berair dan asyik digaru dengan kakinya perlu lah diberi ubat titik khas yang tak ada disemenanjung ini.Berkesan bila saya pakai.Ada juga menyarankan supaya titik saja di mata dengan air tembakau atau bancuhan AJINAMOTO.Petua ini belum sempat dipraktikkan sebab belum kesempatan lagi.Semua ini berlaku pada ayam saya pada beberapa bulan dan saya terpaksa membuat kurungan ayam yang mempunyai kelebihan ia yang tersendiri.Banyak juga saya post kan pada kali ini.Semoga ia memberi manfaat pada penternak ayam yang lain.Saya berasa bersyukur tercapai juga saya membina kurungan ini.Dengan berasa sifat pemurah saya share petua-petua ini semoga manfaat pada masa akan datang.Semoga anda kaya dan berjaya. See More
Sabtu, 21 Julai 2012
Kurungan Ayam Kampung Bakal Ditambah
Hari pertama bulan ramadhan 2012 ini saya telah mendapat kayu terpakai yang bakal saya gunakan untuk menambah kurungan bagi ayam saya.Dengan adanya kurungan ini membolehkan saya menambahkan stok ayam yang saya hasilkan mahupun ayam yang dibekalkan dari luar.Di samping itu saya dapat mengawal kadar penyakit pada ayam dengan mengkurantinkan ayam-ayam kampung yang sakit dan memberi rawatan khas daripada ayam-ayam sihat terkena jangkitan.
Walaupun hari pertama saya berpuasa,badan ini dah macam zombie kerana sehari suntuk kena turun tapak reban bagi fokus kurungan ayam kampung.Bagi permulaan ini saya hanya mendirikan satu baris saja bagi memerhatikan sama ada design saya ini sesuai atau sebaliknya dengan keadaan cuaca dan persekitaran kawasan reban dalam tempoh tertentu.Jika ia berjaya mengawal kesihatan ayam kampung saya ini,maka design yang sama akan digunakan dan banyak baris atau block akan ditambah.Semoga usaha saya ini diberkati dalam bulan yang mulia ini
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Langgan:
Catatan (Atom)










