Rabu, 1 Ogos 2012
Selamat Pindahkan Anak Ayam Kampung Muda Ke Kurungan Baru
Alhamdulillah selamat juga saya pindahkan anak-anak ayam ke kurungan baru walaupun ada beberapa lagi kurungan untuk ayam ni belum siap akibat bahan-bahan binaan tidak mencukupi dan masa yang suntuk untuk berbuka puasa.Maklumlah tukang kayu pun datang waktu petang.Terpaksa saya gesa mereka untuk siapkan cepat pada petang itu juga.Tiba-tiba tukang kayu cakap tak cukup kayu pula.Tak mengapalah lain kali boleh sambung lagi janji anak ayam nak dipindahkan ini selesai.
Dengan rekaan bentuk reban ini memberi kepanasan dan kesejukan pada ayam kampung dengan seimbang.Ayam kampung perlu menerima kepanasan bagi memastikan ia sentiasa sihat daripada demam dan selsema.Tahi ayam yang bersifat amonia pun lepas ke tanah dan jauh pada ayam.Ia tidak memberi kesan pada ayam contohnya demam dan kurang selera makan.Jika tidak kos untuk merawat ayam ini akan meningkat darisegi tempat kurungan untuk kurantin,ubat rawatan dan kematian.
Untuk menjaga kesihatan ayam adalah amat penting untuk menentukan tahap pengeluaran pada masa akan datang.Dari segi pemakanan,vitamin,air minum yang sentiasa tukar,kebersihan dan kesihatan. Secara asas kita kena jaga adalah minuman dan makanan.Minuman ayam perlulah ditukar 3 hari sekali.Lagi bagus,kalau dah bau basi cepat-cepat tukar air itu jika tidak ayam akan demam, selsema dan berkahak.Berikan vitamin atau ubat minuman tertentu dengan segera mengikut penyakit yang dialami.Jika demam dan selsema bagi lah minuman antibiotik.Jika kena puru,bagi lah ubat yg berkaitan sulfat dan sapu dengan iodin pada kulitnya.Jika mencungap paruhnya ke atas atau lumpuh jawapanya sembelih saja lah.Jika kuat makan,tapi ringan dan rasa tulang saja bagilah ubat cacing dalam bentuk pil atau buah pinang muda.Ini adalah simptom penyakit cacing.Semua perkara ini berlaku perlulah kita kuarantinkan ayam-ayam berpenyakit untuk melihat prestasi kesihatan dan mengelakkan daripada berjangkit yang lain.
Jika mata ayam gatal berair dan asyik digaru dengan kakinya perlu lah diberi ubat titik khas yang tak ada disemenanjung ini.Berkesan bila saya pakai.Ada juga menyarankan supaya titik saja di mata dengan air tembakau atau bancuhan AJINAMOTO.Petua ini belum sempat dipraktikkan sebab belum kesempatan lagi.Semua ini berlaku pada ayam saya pada beberapa bulan dan saya terpaksa membuat kurungan ayam yang mempunyai kelebihan ia yang tersendiri.Banyak juga saya post kan pada kali ini.Semoga ia memberi manfaat pada penternak ayam yang lain.Saya berasa bersyukur tercapai juga saya membina kurungan ini.Dengan berasa sifat pemurah saya share petua-petua ini semoga manfaat pada masa akan datang.Semoga anda kaya dan berjaya. See More
Sabtu, 21 Julai 2012
Kurungan Ayam Kampung Bakal Ditambah
Hari pertama bulan ramadhan 2012 ini saya telah mendapat kayu terpakai yang bakal saya gunakan untuk menambah kurungan bagi ayam saya.Dengan adanya kurungan ini membolehkan saya menambahkan stok ayam yang saya hasilkan mahupun ayam yang dibekalkan dari luar.Di samping itu saya dapat mengawal kadar penyakit pada ayam dengan mengkurantinkan ayam-ayam kampung yang sakit dan memberi rawatan khas daripada ayam-ayam sihat terkena jangkitan.
Walaupun hari pertama saya berpuasa,badan ini dah macam zombie kerana sehari suntuk kena turun tapak reban bagi fokus kurungan ayam kampung.Bagi permulaan ini saya hanya mendirikan satu baris saja bagi memerhatikan sama ada design saya ini sesuai atau sebaliknya dengan keadaan cuaca dan persekitaran kawasan reban dalam tempoh tertentu.Jika ia berjaya mengawal kesihatan ayam kampung saya ini,maka design yang sama akan digunakan dan banyak baris atau block akan ditambah.Semoga usaha saya ini diberkati dalam bulan yang mulia ini
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Selasa, 26 Jun 2012
Anak ayam dipindahkan ke reban
Anak ayam kampung saya sudah 3 bulan berada di dalam brooder dan tiba masa nya mereka terpaksa menempuh kehidupan yang sebenar menjadi ayam kampung yang sejati hidup bebas di luar mencari rezeki dan bersosial seperti ayam kampung yang lain.Baru ini yang dikatakan ayam kampung.
Setelah hidup sihat di dalam brooder diberi makan dan minum yang cukup,anak-anak ayam kampung ini perlu dipindahkan ke ruang reban yang lebih luas agar kehidupan mereka lebih ceria dan sihat bila dapat berlari dan berkenalan antara satu sama lain.Jika tersilap langkah alamatnya memang kena belasah lah.
Sebelum anak-anak ayam ini dilepaskan saya telah memperkenalkan mereka nasi.Semoga selepas ini mereka akan makan nasi bersama-sama ayam kampung dewasa yang lain.Ini adalah menjadi makanan asas bagi mereka dan seterusnya anak-anak ayam kampung akan belajar sendiri menjamu pelbagai menu yang berada disekeliling kawasan ternakan apabila berkawan dengan ayam dewasa.See more
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Isnin, 18 Jun 2012
Anak Ayam Kampung Berhama Berisiko
Suatu hari saya terdengar bunyi anak ayam kampung riuh di dalam reban lalu saya bergegas ke dalam reban melihat sejumlah anak-anak ayam kampung bersama-sama dengan ibunya telah turun ke tanah.Ini menunjukkan anak-anak ayam kampung ini telah lama menetas dan sudah tidak tahan untuk menerima makanan daripada ibunya.Saya pula memeriksa sarang ayam kampung tersebut mana tahu kalau ada anak ayam tertinggal.Betul juga telahan saya apabila ada seekor lagi anak ayam kampung baru menetas yang masih basah lagi bulunya.Saya terfikir dan mengambil anak ayam kampung tersebut,ternyata banyak sungguh hama diseluruh badannya.
Bagi saya memang tiada harapan untuk ayam ini kerana hama ini suka menhisap darah yang boleh mengakibatkan kematian atau badan menjadi kurus.Oleh kerana kesian pada anak ayam kampung tersebut terpaksa saya bersihkan badannya dan jemurkannya di bawah sinar matahari pagi sehingga tiada lagi hama yang berkeliaran.Oleh kerana tidak tahu di mana mahu meletakkan anak ayam kampung ini,saya meletakkan anak ayam yang baru menetas itu ke dalam brooder bersama-sama anak-anak ayam yang lain.Dari masa ke masa saya memerhatikan anak ayam berhama itu agak kurus dan kurang aktif berbanding anak-anak ayam yang lain.Lama kelamaan anak ayam berhama itu tidak lagi seaktif anak-anak ayam kampung lain di dalam brooder itu dan kurang makan.Sehingga satu hari itu anak ayam berhama itu tidak bernyawa lagi tetapi yang tinggal anak ayam yang lain.
Beberapa hari kemudian,saya pergi ke brooder tersebut saya berasa tidak selesa dan gatal selalu.Rupa-rupanya brooder yang pernah diduduki oleh anak ayam berhama yang baru menetas itu telah meninggalkan sejuta hama dalam brooder itu.Berpasir saya tengok pada penutup brooder itu.Dengan tidak membuang masa saya telah mengalihkan anak-anak ayam yang sihat ke brooder yang baru.Tidak pernah saya melihat keadaan yang kebiasaannya brooder yang bebas dari serangga telah memenuhi yang berisiko pada anak-anak ayam dan juga pada manusia.Oleh yang demikian kepada sesiapa yang mengalami kejadian sebegini anggaplah anak ayam berhama perlu diskrapkan jika buat pengasingan daripada ibunya.Terpulanglah pada kemahiran masing-masing.Mungkin ini adalah jalan yang terbaik.
Langkah pencegahan hama perlu dilakukan dengan menyembur racun hama pada sarang tersebut dan buat pembersihan pada sarang tersebut.Agaknya anak-anak ayam kampung itu turun ke tanah kerana tak boleh tahan dengan serangan hama itu.Wallahualam.
Ahad, 17 Jun 2012
Terpaksa Memulakan Stok Ayam Kampung Yang Baru
Belum sampai bulan Ramadhan dan Syawal bulan yang menjadi permintaan yang tinggi ayam kampung muda di dalam reban saya telah habis dijual atas permintaan pelanggan.Saya pun tidak menjangka perkara ini berlaku.Hanya yang tinggal sekarang hanyalah ayam kampung yang masih saiz kecil lagi dalam usia 2 hingga 4 bulan.Jikalau ada pun kawanan ayam kampung yang tinggal di atas pokok rambutan.
Itu yang telah terjual tetapi pelanggan yang meminta jumlah ayam kampung yang banyak terpaksa saya tolak.Oleh yang demikian saya terpaksa membuat semula ayam kampung saya dengan kuantiti yang banyak mengikut permintaan yang sebelum ini.
Kepada yang sesiapa yang saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka,saya memohon jutaan maaf atas kesilapan teknikal ini.Mungkin akan datang kita boleh bertemu semula.See More
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Khamis, 17 Mei 2012
Ayam kampung sedia untuk dijual pada bulan ini
Ayam dewasa muda yang semakin banyak menyukarkan anak-anak ayam kampung untuk mencari makan dan berlindung kerana terpaksa bersaing untuk meneruskan hidup.Oleh kerana pada tempoh ini ayam muda seperti ini sesuai untuk dibuat masakan seperti lauk masak asam pedas,lemak cili padi,kari dan sup terutamanya sup herba yang dikatakan boleh memulihkan tenaga dalaman bagi orang yang bekerja kuat dan lain-lain lagi.Oleh itu jika anda berminat untuk menikmati isi dagingnya tidak perlu lagi teragak-agak untuk mendapatkannya.See video
Jika berminat sila hubungi saya emel: okochadt@gmail.com
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Penternakan,
Perniagaan
Jumaat, 11 Mei 2012
Anak ayam kampung dipelihara di dalam brooder
Kebelakangan ini jumlah telur anak ayam kampung yang menetas amat mengalakkan secara semulajadi dengan menggunakan ibu ayam.Jumlah ayam dewasa yang semakin banyak menyukarkan lagi untuk anak-anak ayam yang berusia sebulan ke bawah untuk terus hidup walaupun bersama ibunya.Jika perkara ini masih dibiarkan anak-anak ayam kampung ini bersama ibunya maka potensi untuk hidup dengan peratus yang tinggi adalah tipis.
Kebelakangan ini pula anak-anak ayam kampung yang dibawa atau dibimbing oleh ibunya sendiri akan mengalami sakit-sakit atau jangkitan kuman apabila ibunya sedang melalui proses penceraian.Seekor demi seekor akan tumbang disebabkan sudah tiada arah tuju apabila tiada pembimbing.Hanya anak ayam kampung yang bernasib baik sahaja boleh meneruskan kehidupan di masa akan datang.Jadi langkah yang diambil adalah memelihara anak ayam ini dari usia mereka baru menetas hingga usia 2bulan hingga 3 bulan baru dilepaskan.Oleh kerana itu terpaksa lah saya memelihara anak-anak ayam kampung ini di dalam brooder.See More
Langgan:
Catatan (Atom)





