Khamis, 17 Mei 2012

Ayam kampung sedia untuk dijual pada bulan ini

Ayam dewasa muda yang semakin banyak menyukarkan anak-anak ayam kampung untuk mencari makan dan berlindung kerana terpaksa bersaing untuk meneruskan hidup.Oleh kerana pada tempoh ini ayam muda seperti ini sesuai untuk dibuat masakan seperti lauk masak asam pedas,lemak cili padi,kari dan sup terutamanya sup herba yang dikatakan boleh memulihkan tenaga dalaman bagi orang yang bekerja kuat dan lain-lain lagi.Oleh itu jika anda berminat untuk menikmati isi dagingnya tidak perlu lagi teragak-agak untuk mendapatkannya.See video
Jika berminat sila hubungi saya emel: okochadt@gmail.com

Jumaat, 11 Mei 2012

Anak ayam kampung dipelihara di dalam brooder

Kebelakangan ini jumlah telur anak ayam kampung yang menetas amat mengalakkan secara semulajadi dengan menggunakan ibu ayam.Jumlah ayam dewasa yang semakin banyak menyukarkan lagi untuk anak-anak ayam yang berusia sebulan ke bawah untuk terus hidup walaupun bersama ibunya.Jika perkara ini masih dibiarkan anak-anak ayam kampung ini bersama ibunya maka potensi untuk hidup dengan peratus yang tinggi adalah tipis. Kebelakangan ini pula anak-anak ayam kampung yang dibawa atau dibimbing oleh ibunya sendiri akan mengalami sakit-sakit atau jangkitan kuman apabila ibunya sedang melalui proses penceraian.Seekor demi seekor akan tumbang disebabkan sudah tiada arah tuju apabila tiada pembimbing.Hanya anak ayam kampung yang bernasib baik sahaja boleh meneruskan kehidupan di masa akan datang.Jadi langkah yang diambil adalah memelihara anak ayam ini dari usia mereka baru menetas hingga usia 2bulan hingga 3 bulan baru dilepaskan.Oleh kerana itu terpaksa lah saya memelihara anak-anak ayam kampung ini di dalam brooder.See More

Isnin, 23 April 2012

Telur Ayam yang Menetas Diserang Semut

Baru-baru ini anak ayam menetas tetapi tidak semua telur yang dieramkan oleh ibu ayam kampung ini menetas secara serentak.Ini kerana waktu permulaan meneram,ada ayam lain telah menumpang bertelur.Jadi telur yang baru ini menetas dengan lambat.Apabila perkara ini berlaku,ibu ayam kampung tersebut tidak boleh tunggu lama lalu keluar dari sarang untuk mencari makan untuk diri sendiri dan anak-anak yang sudah lama menetas.Tinggal lah beberapa biji yang mula retak untuk menetas. Apabila saya melihat kejadian tersebut,saya cuba untuk menetaskan telur tersebut di dalam inkubator bagi memastikan telur ayam kampung ini mendapat suhu yang panas seperti badan ibunya juga.Saya telah mengasingkan telur tersebut dari sarangnya.Apabila saya datang semula telur-telur ayam kampung yang mula retak itu telah diurung semut dengan sangat banyak.Kesal dengan kejadian itu,saya dengan kadar segera membersihkan semut-semut itu dan mengoncang-goncang perlahan-lahan agar semut keluar dari cengkerang telur itu.Ini semua akibat terlupa kerana memberi ayam kampung makan sehingga tidak menghantar telur-telur tersebut ke dalam inkubator dengan segera. Kalau anda juga mengalami perkara sebegini,jangan berlengah lagi kerana kejadian yang tak diundang boleh berlaku pada bila-bila masa saja.Hanya seekor saja yang dapat meneruskan hidupnya.

Sabtu, 21 April 2012

Ayam Kampung yang Dieramkan Dengan Inkubator

Ini adalah anak ayam kampung hasil penetasan inkubator daripada telur ayam yang berlebihan untuk dieramkan oleh ibunya.Oleh kerana telur ayam yang berlebihan akibat perkongsian sarang oleh ayam-ayam betina lain,saya menghadkan kepada 10 biji saja.Selebihnya saya menggunkan inkubator untuk mengeramkan nya.Sihat anak-anak ayam kampung ini.See more.....

Jumaat, 6 April 2012

Ayam Makan Pagi


Pada bulan April ini,setiap pagi ayam kampung ini dilepaskan terlebih dahulu untuk meragut rumput sebelum mereka diberi makan.Ini kerana dalam keadaan lapar ayam kampung ini akan makan apa saja dihadapan mereka dan senang bagi penternak untuk membiarkan mereka meragut.Rumput-rumput atau tumbuhan ini merupakan herba atau antibiotik bagi tubuh badan mereka dan hanya ayam kampung ini saja yang tahu.Setelah lama dibiarkan barulah ayam kampung ini diberi makan lebihan nasi,jagung serta dedak sedikit.See More

Rabu, 1 Februari 2012

Stok ayam kampung pada bulan Jun dan Julai 2012

Baru-baru ini anak-anak ayam kampung saya dapat diturunkan lebih kurang 70 ekor.Penetasan tersebut memberi suntikan semangat saya untuk mempertambahkan lagi bilangan ayam kampung saya ini.Ia juga selari dengan jatuh nya bulan puasa dan raya.Sekurang-kurangannya tak ada lah pelanggan merungut bekalan ayam kampung tidak mencukupi.



Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more

Rumah untuk dijual di Melaka

Isnin, 2 Januari 2012

Anak Ayam Kampung Kembali Lagi



Alhamdulillah baru-baru ini anak ayam kampung saya menjadi dan menetas.Saya menggunakan kaedah serkap dan brooder untuk melihat kaedah mana efektif untuk pembesaran anak ayam



Anak ayam kampung dikurungkan bersama ibunya di dalam kurungan berkaki





Anak ayam kampung yang dikurung dengan ibunya didalam serkap lebih aktif dan berdikari



Ini adalah anak ayam kampung yang dibesarkan menggunakan brooder dan mentol lebih sihat dan pembesaran ia pun cepat.See More