Isnin, 23 April 2012
Telur Ayam yang Menetas Diserang Semut
Baru-baru ini anak ayam menetas tetapi tidak semua telur yang dieramkan oleh ibu ayam kampung ini menetas secara serentak.Ini kerana waktu permulaan meneram,ada ayam lain telah menumpang bertelur.Jadi telur yang baru ini menetas dengan lambat.Apabila perkara ini berlaku,ibu ayam kampung tersebut tidak boleh tunggu lama lalu keluar dari sarang untuk mencari makan untuk diri sendiri dan anak-anak yang sudah lama menetas.Tinggal lah beberapa biji yang mula retak untuk menetas.
Apabila saya melihat kejadian tersebut,saya cuba untuk menetaskan telur tersebut di dalam inkubator bagi memastikan telur ayam kampung ini mendapat suhu yang panas seperti badan ibunya juga.Saya telah mengasingkan telur tersebut dari sarangnya.Apabila saya datang semula telur-telur ayam kampung yang mula retak itu telah diurung semut dengan sangat banyak.Kesal dengan kejadian itu,saya dengan kadar segera membersihkan semut-semut itu dan mengoncang-goncang perlahan-lahan agar semut keluar dari cengkerang telur itu.Ini semua akibat terlupa kerana memberi ayam kampung makan sehingga tidak menghantar telur-telur tersebut ke dalam inkubator dengan segera.
Kalau anda juga mengalami perkara sebegini,jangan berlengah lagi kerana kejadian yang tak diundang boleh berlaku pada bila-bila masa saja.Hanya seekor saja yang dapat meneruskan hidupnya.
Sabtu, 21 April 2012
Ayam Kampung yang Dieramkan Dengan Inkubator
Ini adalah anak ayam kampung hasil penetasan inkubator daripada telur ayam yang berlebihan untuk dieramkan oleh ibunya.Oleh kerana telur ayam yang berlebihan akibat perkongsian sarang oleh ayam-ayam betina lain,saya menghadkan kepada 10 biji saja.Selebihnya saya menggunkan inkubator untuk mengeramkan nya.Sihat anak-anak ayam kampung ini.See more.....
Jumaat, 6 April 2012
Ayam Makan Pagi

Pada bulan April ini,setiap pagi ayam kampung ini dilepaskan terlebih dahulu untuk meragut rumput sebelum mereka diberi makan.Ini kerana dalam keadaan lapar ayam kampung ini akan makan apa saja dihadapan mereka dan senang bagi penternak untuk membiarkan mereka meragut.Rumput-rumput atau tumbuhan ini merupakan herba atau antibiotik bagi tubuh badan mereka dan hanya ayam kampung ini saja yang tahu.Setelah lama dibiarkan barulah ayam kampung ini diberi makan lebihan nasi,jagung serta dedak sedikit.See More
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Rabu, 1 Februari 2012
Stok ayam kampung pada bulan Jun dan Julai 2012
Baru-baru ini anak-anak ayam kampung saya dapat diturunkan lebih kurang 70 ekor.Penetasan tersebut memberi suntikan semangat saya untuk mempertambahkan lagi bilangan ayam kampung saya ini.Ia juga selari dengan jatuh nya bulan puasa dan raya.Sekurang-kurangannya tak ada lah pelanggan merungut bekalan ayam kampung tidak mencukupi.

Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more
Rumah untuk dijual di Melaka

Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more
Rumah untuk dijual di Melaka
Label:
Ayam Kampung,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Isnin, 2 Januari 2012
Anak Ayam Kampung Kembali Lagi
Alhamdulillah baru-baru ini anak ayam kampung saya menjadi dan menetas.Saya menggunakan kaedah serkap dan brooder untuk melihat kaedah mana efektif untuk pembesaran anak ayam

Anak ayam kampung dikurungkan bersama ibunya di dalam kurungan berkaki


Anak ayam kampung yang dikurung dengan ibunya didalam serkap lebih aktif dan berdikari

Ini adalah anak ayam kampung yang dibesarkan menggunakan brooder dan mentol lebih sihat dan pembesaran ia pun cepat.See More
Label:
Ayam Kampung,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Rabu, 21 Disember 2011
Google pelindung keselamatan dalam reban
Baru-baru ini saya dijangkiti penyakit ketumbit.Keadaan ini begitu merimaskan apatah lagi apabila berhadapan dengan orang ramai dan kebanyakkan memandang sinis lalu mengusik 'mengendap' orang ke?Saya tak peduli apa orang nak cakap janji saya nak sihat.Apabila berhadapan dengan masalah ini,saya berjumpa dengan doktor mengatakan lain kali kalau nak bawa motor pakai helmet yang bervisor jika tidak habuk akan masuk mata.Jika dibiarkan atau tidak dititik beratkan penyakit ketumbit boleh berulang.Walhal saya ini dah lama tak bawa motor.Punya lah sakit bila operasikan mata ni.Baru saya sedar bahawa penyakit ketumbit yang saya hadapi ini adalah berpunca daripada habuk yang berterbangan di dalam reban.
Apabila kita menternak ayam kampung ini kita akan berhadapan dengan banyak habuk.Bila kita kendalikan jagung ada habuk,pegang dedak ada habuk,bersihkan sarang ayam ada habuk malah ayam terperanjat terbang pun kena habuk.Oleh kerana itu saya sarankan janganlah jadi macam saya ini,pakailah cermin keselamatan untuk menghindarkan habuk daripada terkena pada mata yang boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemalangan.

Apabila kita menternak ayam kampung ini kita akan berhadapan dengan banyak habuk.Bila kita kendalikan jagung ada habuk,pegang dedak ada habuk,bersihkan sarang ayam ada habuk malah ayam terperanjat terbang pun kena habuk.Oleh kerana itu saya sarankan janganlah jadi macam saya ini,pakailah cermin keselamatan untuk menghindarkan habuk daripada terkena pada mata yang boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemalangan.

Label:
Ayam Kampung,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Selasa, 13 Disember 2011
Anak Ayam Kampung Baru Menetas
Selepas serangan anjing liar ke reban saya ini yang mengakibatkan kematian sebanyak 30 lebih ekor,anak ayam sebanyak lebih kurang 30 ekor telah menetas...Rasa dan gembira bila anak-anak ayam ni menetas.Syukur alhamdulillah.Semoga ia cepat membesar dengan sihat hingga boleh dituai.See More

Ibu ayam dikurung dalam serkap membolehkan anak-anak ayam kampung menjadi lebih sihat

Tidak kurangnya pula anak ayam kampung dari inkubator

Ibu ayam dikurung dalam serkap membolehkan anak-anak ayam kampung menjadi lebih sihat

Tidak kurangnya pula anak ayam kampung dari inkubator
Label:
Ayam Kampung,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Langgan:
Catatan (Atom)

