Isnin, 22 Ogos 2011

Penjagaan Anak Ayam Kampung Berkelompok

Cara ini biasa saya lakukan apabila anak-anak ayam ini ditetaskan secara inkubator atau menceraikan anak ayam daripada ibunya.Cara ini dibuat sehingga anak-anak ayam kampung ini boleh berlari dan terbang dengan kuat.Jika anak ayam ini dilepaskan di dalam usia muda,sukar bagi ia untuk bersaing untuk mendapat makanan dan tempat berehat.

Anak-anak ayam kampung ini juga tidak tahan sejuk dan mudah terkena penyakit terutama sekali faktor cuaca yang sering berubah-ubah iaitu panas dan sejuk.Akan tetapi jika bulu ia sudah lebat maka anak-anak ayam ini tahan dari sejuk dan sempat lari jika hujan lebat turun.



Anak-anak ayam kampung ini akan dicampurkan dalam satu kurungan dalam lingkungan umur 5 hari hingga dua bulan bersama.Jika lebih umur dua bulan,anak-anak ayam kampung dewasa ini boleh diasingkan atau dilepaskan kerana kuatir ia akan membuli anak-anak ayam yang lebih kecil.Kurungan perlu disangkutkan dengan kain-kain buruk supaya jika berlaku cuaca sejuk,anak-anak ayam ini boleh berteduh disebalik celah-celah kain.

Anak-anak kampung ini dicampurkan bersama-sama untuk memastikan anak ayam dewasa boleh membimbing anak-anak ayam yang lebih kecil darisegi mencari atau memilih makanan dan mencari tempat berlindung.Oleh kerana itu anak-anak ayam ini boleh membesar dengan bagus dan risiko untuk mati adalah dalam kadar yang rendah.Cara ini juga boleh mengeratkan hubungan anak-anak ayam kampung ini dengan tuannya.Maka secara tak langsung akan lebih jinak lagi.See more




Ahad, 21 Ogos 2011

Penjagaan Anak Ayam Kampung

Anak ayam yang baru menetas perlu dijaga sebaik mungkin kerana ia adalah penentu bilangan dan hasil ayam pada masa akan datang.Jadi anak ayam kampung ini perlu dijaga dari aspek pemakanan,tempat tinggal,suhu dan kesihatan,Anak ayam kampung ini perlu dikurung dahulu di dalam reban didik bagi memastikan anak-anak ayam kampung ini benar-benar sihat dan kuat.Ada dua cara kurungan bagi anak ayam kampung ini iaitu secara bekelompok dan dikurung bersama dengan ibunya.Cara ini perlu dilakukan sebelum ia dilepaskan hidup bersama-sama ayam dewasa supaya ia dapat bersaing dan terus hidup masa akan datang.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kesan Hama terhadap manusia

Setelah mengemas sarang telur yang bersepah setelah tiada ayam lagi meneram,maka terdapat banyak lagi sisa-sisa hama masih merayau-rayau setelah disembur dengan racun hama.Jalan terakhir adalah membakar saja sisa daun serai dan surat khabar yang tertinggal.Inilah jalan paling berkesan dengan membakar sisa-sisa tersebut dikawasan berdekatan supaya asap sampah itu menghala ke arah sarang dan dpt membunuh hama yang tertinggal.

Sarang meneram ayam kampung itu disembur sekali lagi untuk memastikan kawasan sarang ayam itu benar2 bebas daripada jangkitan hama.Dapat melihat hama dengan merayap-rayap pergi ke arah badan melalui tangan.Lantas cepat-cepat saya tepuk dan sapu tangan untuk mematikan hama-hama itu.Satu badan miang dan gatal-gatal.Selesai kerja terpaksa mandi dengan shampoo dan sabun mandi untuk mematikan hama-hama yang sudah merebak satu badan.

Setelah tiga hari berlalu,badan ini masih miang dan gatal-gatal lagi mungkin akibat gigitan hama ini.Tido pun gatal,golekkan telur di inkubator pun gatal,main komputer pun gatal.Agak tersiksa juga hampir seminggu.Jalan penyelesaian ia,bantal-batal dijemur,kerusi pc disembur dengan ricsect,cadar dan selimut dibasuh dan bahagian luar inkubator disembur dengan racun hama.Kesimpulan kelemahan hama ini ialah mati pada racun hama dan panas matahari.

Selepas itu badan saya masih sedikit gatal-gatal mungkin bentan akibat gigitan hama dan saya hanya sapukan pada kawasan gatal dengan calomine lotion yang terdapat pada famarsi kerajaan,hilang gatal-gatal.Kesimpulannya ayam-ayam kampung betina ini perlu dishampookan dengan shampoo pencegah hama,kutu bagi mengurangkan penyebaran ia.

Jumaat, 22 Julai 2011

Ayam Betina Punca Pembiakan Hama

Baru-baru ini banyak ayam-ayam betina meneram tidak menjadi telurnya.Ada yang telurnya masuk angin,pecah,berebut meneram dan bila jadi atau menetas,peratusan anak ayam mati adalah tinggi.Apabila meneliti dengan lebih dekat lagi bahawa sarang meneram ayam kampung ini telah penuh dengan hama.Hama ini membiak dengan begitu banyak lalu menghisap darah yang boleh mengakibatkan ibu ayam kampung tersebut menjadi pucat dan kurus.Kadang-kadang ibu ayam kampung tersebut selalu keluar dari sarang meneram akibat tidak tahan gatal.Ini boleh mengakibatkan telur mudah terganggu dan tidak stabil untuk menjadi.Jika menjadi pun anak-anak ayam ini mudah lemah dan akhirnya mati akibat dihisap darah oleh hama dan gatal.Saya pun tidak tahu menggambarkan seksanya anak ayam tersebut sedangkan manusia pun tidak tahan gatalnya.

Apabila diteliti bahawa ayam yang saya dapat ini memang mempunyai banyak hama berbanding ayam kampung yang saya pelihara sebelumnya.Selalunya bila ayam kampung lama meneram dan menetas jarang ada hama atau jumlah yang kecil tetapi ayam kampung baru ini punya lah banyak seperti 'berpasir' dan kasar2 hamanya.Apabila setiap sarang baru dibuat pasti ada hama yang baru muncul.Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa hama ini wujud dengan banyaknya berpunca daripada pembawakan ayam betina.

Maka langkah terdekat pada masa ini,saya terpaksa menyembur racun hama pada sarang dalam keadaan sarang dalam keadaan kosong iaitu tanpa telur dan ayam.Manakala ayam betina yang belum meneram saya memandikan ia dengan syampoo anti hama dan kutu.



Selasa, 19 Julai 2011

Reban baru

Alhamdulillah berkat doa dan usaha saya serta rahmat dari Nya. Akhirnya saya telah berjaya telah menyiapkan reban atau sangkar ayam bagi mengawal anak-anak ayam kampung ini. Ini memberi lembaran baru bagi saya meningkatkan lagi hasil ternakan saya pada masa akan datang. Oleh itu dengan adanya reban kurungan ini, ia membolehkan ayam-ayam kampung ini dijaga dan kawal dengan rapi. Ia boleh mengawal kadar penetasan,kematian anak-anak ayam,kawalan penyakit dan mengurung hasil penuaian.














Rabu, 11 Mei 2011

Induk Baru Ayam Kampung Dimasukkan Untuk Stok Akan Datang


Baru-baru ini saya telah mengalami satu pengalaman yang agak mengerikan apabila kawasan ternakan ayam kampung saya telah dilanda penyakit yang menyebabkan hampir 95% kematian.Dengan berkat kesungguhan saya dan minat terhadap ayam kampung ini,saya tetap meneruskan usaha saya untuk meneruskan usaha bagi mengekalkan stok atau permintaan daging ayam kampung asli secara berterusan.Saya terus mencari dan mencari benih ayam kampung asli dengan kuantiti yang banyak.Berkat kesungguhan untuk menternak ayam, Allah swt telah membuka jalan dengan menemukan seorang kenalan yang sudi memberikan saya induk ayam kampung asli.Semoga perkara-perkara yang berlaku menjadi pengajaran pada saya untuk terus bangun dan bertindak dengan pantas untuk jadi orang yang hebat. :-) See more

Isnin, 9 Mei 2011

Penyakit Newcastle Disease(ND)

Penyakit Newcastle Disease(ND) juga dikenali sebagai penyakit Sampar Ayam adalah disebabkan oleh jangkitan sejenis virus.Penyakit ini boleh menyebabkan kematian ayam yang tinggi sehingga boleh mencapai pada kadar 70-100%.Penyakit ini boleh menjangkiti manusia yang menyebabkan penyakit mata.Wabak ND sering berlaku di Malaysia setiap tahun.Impak penyakit ini boleh memberi impak yang buruk terhadap ekonomi negara.Oleh itu jangkitan wabak penyakit ND perlu dikawal dan dibasmi dengan segera.

Tanda klinikal jangkitan penyakit seperti ternakan tidak cergas dan monyok,kepala teleng,kemerahan (hemoraj) pada kaki,kematian ayam berterusan bertambah banyak pada kadar yang tinggi (luar biasa) melebihi 3 hingga 100%.

Langkah pencegahan

A. Tanggungjawab orang awam

Lapor setiap kes kematian ayam dengan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) yang berhampiran

B. Kawalan pergerakan

Kawalan pergerakan di antar penternakan yang dijangkiti virus dengan yang tidak dijangkiti.

C. Suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan penyakit

Suntikan vaksin adalah berkesan untuk menghalang dari penularan jangkitan wabak ND.
“Flock Profile” boleh membantu program pemvaksin untuk mengenalpasti tahap immuniti ayam di ladang.

D. Asing,singkir dan musnah

langkah pembasmian wabak ND adalah pemusnahan ayam(stamping out).Pemusnahan ini dijalankan untuk melenyapkan perumah virus ND.Ini boleh memastikan risiko penularan penyakit dapat dikawal.
Pemusnahan perlu dibuat dengan pantas untuk memendekan tempoh virus membiak dan tersebar

E. Kaedah Pelupusan

Pelupusan dengan menanam karkas ayam perlu dijalankan dengan segera,sebaik-baiknya dikawasan ternakan yang sama.Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko virus dibawa keluar dari kawasan berjangkit
pembakaran karkas ayam boleh dijalankan jika kaedah ini tidak menimbulkan masalah alam sekitar

F. Pemusnahan lain-lain produk dan sisa

bahan seperti makanan,tinja dan telur boleh boleh menjadi pembawa virus
bahan ini tidak boleh dibawa keluar / dipindah dari kawasan yang terjangkit dan perlu dimusnahkan dan dilupuskan
bahan organik perlu ditanam dan dikambus terlebih dahulu sebelum keseluruhan kawasan didekotaminasi
bagi ternakan yang terletak dikawasan yang mempunyai paras air yang tinggi,pastikan kawasan pelupusan ditimbus secara membukit

DISINFEKSI DAN DEKONTAMINASI

Disinfeksi dan dekontaminasi perlu dijalankan terhadap perkara-perkara berikut

Kawasan reban
bekas makanan dan minuman
pakaian kerja dan bahan berasaskan kain
kenderaan
peralatan ladang

Jenis-jenis disinfektan yang sesuai

Larutan 4% sodium karbonat
Larutan karbonat dehidrat
Larutan 2% Sodium Hidrosida
Dettol,lysol,lindores,losan dan lain-lain