Isnin, 22 Ogos 2011

Penjagaan Anak Ayam Kampung Berkelompok

Cara ini biasa saya lakukan apabila anak-anak ayam ini ditetaskan secara inkubator atau menceraikan anak ayam daripada ibunya.Cara ini dibuat sehingga anak-anak ayam kampung ini boleh berlari dan terbang dengan kuat.Jika anak ayam ini dilepaskan di dalam usia muda,sukar bagi ia untuk bersaing untuk mendapat makanan dan tempat berehat.

Anak-anak ayam kampung ini juga tidak tahan sejuk dan mudah terkena penyakit terutama sekali faktor cuaca yang sering berubah-ubah iaitu panas dan sejuk.Akan tetapi jika bulu ia sudah lebat maka anak-anak ayam ini tahan dari sejuk dan sempat lari jika hujan lebat turun.



Anak-anak ayam kampung ini akan dicampurkan dalam satu kurungan dalam lingkungan umur 5 hari hingga dua bulan bersama.Jika lebih umur dua bulan,anak-anak ayam kampung dewasa ini boleh diasingkan atau dilepaskan kerana kuatir ia akan membuli anak-anak ayam yang lebih kecil.Kurungan perlu disangkutkan dengan kain-kain buruk supaya jika berlaku cuaca sejuk,anak-anak ayam ini boleh berteduh disebalik celah-celah kain.

Anak-anak kampung ini dicampurkan bersama-sama untuk memastikan anak ayam dewasa boleh membimbing anak-anak ayam yang lebih kecil darisegi mencari atau memilih makanan dan mencari tempat berlindung.Oleh kerana itu anak-anak ayam ini boleh membesar dengan bagus dan risiko untuk mati adalah dalam kadar yang rendah.Cara ini juga boleh mengeratkan hubungan anak-anak ayam kampung ini dengan tuannya.Maka secara tak langsung akan lebih jinak lagi.See more




Tiada ulasan:

Catat Ulasan