Selasa, 19 Julai 2011

Reban baru

Alhamdulillah berkat doa dan usaha saya serta rahmat dari Nya. Akhirnya saya telah berjaya telah menyiapkan reban atau sangkar ayam bagi mengawal anak-anak ayam kampung ini. Ini memberi lembaran baru bagi saya meningkatkan lagi hasil ternakan saya pada masa akan datang. Oleh itu dengan adanya reban kurungan ini, ia membolehkan ayam-ayam kampung ini dijaga dan kawal dengan rapi. Ia boleh mengawal kadar penetasan,kematian anak-anak ayam,kawalan penyakit dan mengurung hasil penuaian.














Rabu, 11 Mei 2011

Induk Baru Ayam Kampung Dimasukkan Untuk Stok Akan Datang


Baru-baru ini saya telah mengalami satu pengalaman yang agak mengerikan apabila kawasan ternakan ayam kampung saya telah dilanda penyakit yang menyebabkan hampir 95% kematian.Dengan berkat kesungguhan saya dan minat terhadap ayam kampung ini,saya tetap meneruskan usaha saya untuk meneruskan usaha bagi mengekalkan stok atau permintaan daging ayam kampung asli secara berterusan.Saya terus mencari dan mencari benih ayam kampung asli dengan kuantiti yang banyak.Berkat kesungguhan untuk menternak ayam, Allah swt telah membuka jalan dengan menemukan seorang kenalan yang sudi memberikan saya induk ayam kampung asli.Semoga perkara-perkara yang berlaku menjadi pengajaran pada saya untuk terus bangun dan bertindak dengan pantas untuk jadi orang yang hebat. :-) See more

Isnin, 9 Mei 2011

Penyakit Newcastle Disease(ND)

Penyakit Newcastle Disease(ND) juga dikenali sebagai penyakit Sampar Ayam adalah disebabkan oleh jangkitan sejenis virus.Penyakit ini boleh menyebabkan kematian ayam yang tinggi sehingga boleh mencapai pada kadar 70-100%.Penyakit ini boleh menjangkiti manusia yang menyebabkan penyakit mata.Wabak ND sering berlaku di Malaysia setiap tahun.Impak penyakit ini boleh memberi impak yang buruk terhadap ekonomi negara.Oleh itu jangkitan wabak penyakit ND perlu dikawal dan dibasmi dengan segera.

Tanda klinikal jangkitan penyakit seperti ternakan tidak cergas dan monyok,kepala teleng,kemerahan (hemoraj) pada kaki,kematian ayam berterusan bertambah banyak pada kadar yang tinggi (luar biasa) melebihi 3 hingga 100%.

Langkah pencegahan

A. Tanggungjawab orang awam

Lapor setiap kes kematian ayam dengan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) yang berhampiran

B. Kawalan pergerakan

Kawalan pergerakan di antar penternakan yang dijangkiti virus dengan yang tidak dijangkiti.

C. Suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan penyakit

Suntikan vaksin adalah berkesan untuk menghalang dari penularan jangkitan wabak ND.
“Flock Profile” boleh membantu program pemvaksin untuk mengenalpasti tahap immuniti ayam di ladang.

D. Asing,singkir dan musnah

langkah pembasmian wabak ND adalah pemusnahan ayam(stamping out).Pemusnahan ini dijalankan untuk melenyapkan perumah virus ND.Ini boleh memastikan risiko penularan penyakit dapat dikawal.
Pemusnahan perlu dibuat dengan pantas untuk memendekan tempoh virus membiak dan tersebar

E. Kaedah Pelupusan

Pelupusan dengan menanam karkas ayam perlu dijalankan dengan segera,sebaik-baiknya dikawasan ternakan yang sama.Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko virus dibawa keluar dari kawasan berjangkit
pembakaran karkas ayam boleh dijalankan jika kaedah ini tidak menimbulkan masalah alam sekitar

F. Pemusnahan lain-lain produk dan sisa

bahan seperti makanan,tinja dan telur boleh boleh menjadi pembawa virus
bahan ini tidak boleh dibawa keluar / dipindah dari kawasan yang terjangkit dan perlu dimusnahkan dan dilupuskan
bahan organik perlu ditanam dan dikambus terlebih dahulu sebelum keseluruhan kawasan didekotaminasi
bagi ternakan yang terletak dikawasan yang mempunyai paras air yang tinggi,pastikan kawasan pelupusan ditimbus secara membukit

DISINFEKSI DAN DEKONTAMINASI

Disinfeksi dan dekontaminasi perlu dijalankan terhadap perkara-perkara berikut

Kawasan reban
bekas makanan dan minuman
pakaian kerja dan bahan berasaskan kain
kenderaan
peralatan ladang

Jenis-jenis disinfektan yang sesuai

Larutan 4% sodium karbonat
Larutan karbonat dehidrat
Larutan 2% Sodium Hidrosida
Dettol,lysol,lindores,losan dan lain-lain

Sabtu, 8 Januari 2011

Ayam Jantan lebih Banyak daripada ayam betina


Menjadi masalah baru-baru ini adalah benih-benih yang terhasil kebanyakan adalah jantan. Apabila ayam-ayam ini meningkat dewasa,ayam induk atau bapak ayam menjadi ancaman kepada mereka. Ia bermula apabila ayam-ayam jantan muda sudah mula pandai mengawan.Habis dibelasah sehingga mati. Oleh kerana itu ayam-ayam jantan ini tidak boleh disimpan lama yang menjadi stok untuk pelanggan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Bagaimana caranya untuk mengekalkan stok-stok ayam jantan berlebihan ini daripada dikerjakan oleh ayam bapak atau ayam-ayam sebaya ?

Khamis, 17 Disember 2009

Musang Mengganas

Baru-baru saya seperti biasa saya bangun pagi-pagi lagi untuk bersiap untuk memberi makan ayam.Nasi lebihan di dapur digaul dengan kuah malam tadi dicampurkan kerana ayam-ayam saya lebih suka makan nasi dengan kuah.Saya kedengaran bunyi riuh ayam-ayam kampung yang bebas berbunyi bising.Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ayam-ayam kampung yang dikurung di dalam reban sebanyak lebih kurang 80 ekor mati bergelimpangan di sana-sini.Saya ingatkan mati disebabkan penyakit rupa-rupanya mati disebabkan benda lain.


dsc00040

Saya memeriksa melihat ada yang tidak sempurna dan ada yang mati bergitu saja dengan tertinggal kesan gigit.bulu-bulu ayam bersepah di sana-sini.Anak-anak ayam berkecai seumpama diserang dengan bom tangan.Apabila difikir ini bukan lah angkara anjing sebab reban saya lengkap berpagar,kalau biawak ia tidak serang pada waktu malam.Sah ni bukan mereka,ni mesti angkara sang musang.Barangkali ia panjat naik ke atas bumbung

Saya masih tak berpuas hati kerana hampir semua ayam-ayam saya dibunuh walhal ia sudah makan seekor dua ayam.Saya masih tercari-cari dari arah mana ia panjat.Tiba-tiba alangkah terkejutnya saya kerana jaring dipasang sebagai dinding reban dikoyak begitu saja.Betul kuat gigi musang ini.Ia mengambil langkah susah mengoyakkan jaring besi ini untuk masuk ke dalam reban.

dsc00037

Kawasan reban ayam saya terbahagi kepada dua bahagian satu untuk ayam dewasa dan ayam kecil.Pada jaring yang terkoyak ini merupakan kawasan anak-anak ayam.Tidak cukup ayam-ayam yang sedang meningkat naik mati dibunuh,musang yang buas ni tidak puas apa yang ia lakukan pergi ke sebelah dengan menguraikan jaring pagar rumah yang sungguh kuat ini.Saya hampir pening kepala dengan perilaku sebegini.Musang jenis apakah ini?


dsc00043




Khamis, 26 November 2009

Ayam Dimasukkan ke Dalam Reban

Setelah beberapa bulan yang lepas reban ini disiapkan ayam kampung dimasukkan secara berperingkat-peringkat iaitu kawasan reban terbahagi kepada dua.Sebahagian adalah kawasan untuk perlindungan anak-anak ayam baru akan ditempatkan bersama-sama ibu ayam manakala kawasan sebelah adalah tempat ayam dewasa ditempatkan untuk membiak.Di kawasan anak-anak ayam ini mestilah bebas daripada ayam-ayam dewasa terutama sekali ayam jantan.Ia juga ditempatkan bersama-sama anak-anak ayam yang meningkat dewasa.




Anak-anak ayam tidak boleh dicampurkan bersama-sama bapa ayam bagi mengelakkan ia terpijak dan anak ayam jantan mestilah diasingkan dengan bapa ayam sebelum 'dikerjakan' sehingga sakit atau demam.Bapa ayam perlulah ditempatkan bersama-sama ayam betina yang banyak untuk meredakan garang tersebut.




Anak-anak ayam yang baru menetas hendaklah dikawal di dalam kawasan berpagar terhindar daripada ancaman musuh seperti anjing dan biawak amnya serta dapat mengurangkan jangkitan penyakit.Dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti bilangan ayam manakala bagi ayam dewasa pembiakan mereka untuk menghasilkan telur saja.Bagi pembiakan benih anak ayam hanyalah menunggu penetasan ayam-ayam bebas daripada kawasan berpagar.Reban khas juga dibina untuk ayam-ayam di luar untuk bertelur.

Rajah di atas menunjukkan tempat ayam di luar bertelur dan apabila menetas anak ayam akan ditempatkan ke dalam kawasan berpagar.

Khamis, 29 Oktober 2009

Minyak Hitam

Sudah berbulan-bulan saya menjaga reban ayam untuk ia kelihatan menarik dan tahan lama tetapi masih lagi menjadi ancaman daripada anai-anai.Sehingga rentung dikerjakan oleh mereka .Jika hujan turun saja,memang anai-anai ini akan membuat laluan mereka di luar mahupun di dalam papan reban ini. Berkali-kali saya cuba menyembur racun anai-anai tetapi tidak juga berkesan. Akhirnya pada satu hari rakan sekerja saya telah menceritakan satu petua yang mungkin agak logik bila difikirkan iaitu menggunakan minyak hitam kereta atau oil engine terpakai.

Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan kawasan kayu anda didekati daripada anai-anai.Berkesan kah jika kita memakai oil engine ni? Memang ia jika kita lihat rata-rata bengkel kayu jarang diserang oleh anai-anai kerana anai-anai memang pantang dengan bau minyak hitam ni.Ada sesetengah pemilik rumah yang tahu akan petua ni akan mengisi oil engine ke dalam tin dan diletakkan di atas syiling saja sudah mencukupi.

Oleh yang demikian selepas balik kerja saya terus cari oil engine terpakai di bengkel dan menyapu ke dinding reban pada waktu petangnya.Harap-harap berhasil dengan petua yang diperolehi sebab dah banyak modal keluar untuk menghalang anai-anai ini menyerang reban ayam kampung ni.