Ahad, 10 Januari 2016

Cuaca Panas Boleh Kena Strok

Apa Itu Strok Haba Dan Cara Pencegahannya Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang. Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius. Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian. Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba. Tanda awal strok haba: Sakit kepala berdenyut Mual Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas Denyutan nadi yang pantas Otot lemah dan kejang Muntah/rasa hendak muntah Kulit kering dan kemerahan Sawan Pitam Tangan dan kaki menjadi sejuk Cara rawat mangsa strok haba: Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa Bawa mangsa ke tempat teduh, atau Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau Mangsa ditempatkan di bawah kipas Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau Rendam mangsa di dalam kolam air Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’Bawa ke klinik atau hospital berdekatan Cara pencegahan strok haba: Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Selasa, 29 Disember 2015

Membuatkan anak ayam lebih cantik selepas keluar daripada telur

Anak yang baru menetas tidak boleh dicampurkan dengan Ayam yang berumur 3@4 hari kerana anak Ayam lama sudah kuat dan aktif mempunyai sifat mematuk dan memijak.Anak Ayam kampung yang baru menetas perlulah diasingkan terlebih dahulu di dalam Inkubator khas untuk memberi masa rehat,tidur yang lebih sehingga anak Ayam itu boleh berdiri tegap(tidak bergoyang2),boleh berlari dan patuk mematuk. Apabila badan anak Ayam dah keras serta aktif,waktu ini baru lah kita boleh campurkan dengan Ayam berumur 3-7hari.Jika tidak buat begini ia akan berisiko dibuli(dipatuk) @ dipijak sehingga penyek.

Khamis, 29 Januari 2015

Ayam Kampung Kacuk,arab dan philpine

Tahun baru cina akan tiba tidak lama lagi.Kami mengucapkan Happy Chinise New Year Anak ayam kacuk kampung,arab dan philipine baru dimasukkan memandangkan makanan ayam kampung semakin diminati selain daripada ayam daging.Tidak salah untuk merasakan keenakan isi dagingnya.Setelah rasa pasti nak lagi :)See more

Khamis, 6 November 2014

Benih Ayam Baru Masuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ini anak ayam baru masuk stok ayam CNY pada tahun hadapan.Kadangkala bukan setakat ayam kampung dicari untuk dibuat lauk tapi anak ayam kampung dibeli juga untuk tujuan baka dan pembiakan di rumah mereka.Readmore...

Selasa, 12 Ogos 2014

Ayam Muda di Jual

Walaupun sudah habis dijual,masih ada lagi orang mahu mencarinya lagi.Cari saya terpaksa memilih ayam muda yang boleh lepaskan.Alhamdulillah ada beberapa ekor ayam sudah menjangkau berat hampr 1kg.Pada penggemar ayam kampung saiz sebegini memang sesuai untuk dijadi ubat bagi merawat tenaga dalam badan terutamanya masyarakat cina.Oleh itu memang tidak dinafikan ayam kampung memang enak isinya.Read more?

Rabu, 16 Oktober 2013

Baru-baru ini anak ayam kampung saya majoriti telah dihidapi pengyakit puru iaitu pengakit berbiji-biji selalunya berada di muka ayam.Alhamdulillah penyakit berbiji-biji itu telah kering dan tertanggal.Selamat ayam kampung saya daripada kematian.Penyakit puru juga dikenali fowl pox.Tiada cara lain anak ayam-ayam kampung ini terpaksa dikurantinkan dan diberikan rawatan dengan menggunakan Sulfatrim 48%. Sulfatrim 48% membantu mengurangkan kadar kematian dan mengawal penyakit pada ternakan daripada merebak.Jangkitan penyakit memang tidak boleh dihindarkan lebih-lebih lagi cuaca lembab.Oleh itu jangan biarkan perkara ini berulang ditempat anda. -pernafasan yang kronik -puru -coryza -secondary bacterial -e coli -pullorum -taun ayam -dan lain-lain lagi Pastikan penjadualan vaksin dilakukan dan selepas itu baru kita menggunakan Sulfatrim 48% untuk kawalan kesihatan seterusnya.Sila klik sini ---------------->>>>>>> http://bit.ly/15ZL85m

Ahad, 13 Oktober 2013

Di Antara Ayam Kampung Yang Sudah Terjual

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kesabaran Ayam Kampung saya terjual sebelum menjelang hari raya Qurban.Selalunya kalau sebelum hari raya Ayam Kampung akann terhabis jual.Saya berazam untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran saya pada masa akan datang. Untuk ketahui lebih lanjut sila klik Penternakan Ayam Kampung Untuk sesiapa meningkatkan prestasi perniagaan internet mereka sila klik----->>>>>> http://bit.ly/15ZL85m

Selasa, 7 Mei 2013

Ayam Yang Sihat Mudah Membiak

Jika kita di kampung melihat ayam kampung begitu seronok sekali.Bagi kita beri saja apa-apa makanan atau biarkan saja tanpa beri makanan ayam-ayam kampung boleh hidup sendiri.Mudahkan?Akan tetapi tanggapan itu amat meleset sekali kerana membela atau menternak ayam ini bukan mudah seperti yang kita sangkakan kerana ayam ada sejenis haiwan yang banyak musuh penyakitnya.Jika kita tidak urus dengan baik dan betul maka sukarlah ayam-ayam kampung ini ingin membiak dengan cepat.Jika cara pembiakan,makanan,kesihatan dan kebersihan diurus dengan betul barulah ayam-ayam kampung hidup dengan aman.Rajah di bawah adalah hasil ayam yang dijaga dengan baik salah satunya memberi minuman yang mencegah dan merawat penyakit ayam serta bervitamin :)

Rabu, 20 Mac 2013

Cuaca Panas Dapat Menyihatkan Ayam Kampung

Di musim panas ini memberi tekanan yang tinggi pada ayam sekaligus boleh membuatkan ayam kampung mudah kena penyakit.Oleh itu dalam cuaca atau suhu yang panas ini,ayam-ayam kampung perlulah disediakan serbuk minuman anti-stress supaya mengurangkan stress ayam ketika panas.Keadaan boleh menjadi bertambah stress akibat ruang yang sempit ditambah kuantiti ayam yang banyak boleh menimbulkan tekanan pada ayam kampung. Jika amalan memberi minuman pada ayam kampung ini dengan serbuk anti-stress menyokong ayam ini supaya hidup dengan sihat dan cergas.Ciri-ciri ayam yang sihat adalah muka kemerah-merahan,aktif,tidak selalu tidur,kuat makan,berat dan tahinya selembut krim.Penjagaan dan teknik yang betul juga boleh membantu dan mengekalkan kesihatan ayam.See more

Rabu, 27 Februari 2013

Ayam Kampung Bertambah Banyak

Jika mahu ayam kampung anda kelihatan lebih banyak lebih sihat dan cergas perlulah dijaga dan dikawal dengan cara betul.Anak-anak ayam kampung hendaklah dijaga dengan betul pada peringkat awal bagi memastikan ia boleh membesar dengan kadar pertumbuhan yang cepat sehingga dewasa.Selain daripada faktor kebersihan,kawasan dan cuaca sejuk,kesihatan ayam juga perlu dititik beratkan dengan pencegahan awal supaya ayam-ayam ini akan dapat bertahan jika diserang sesuatu penyakit iaitu dengan mengamalkan multi-vitamin dan menggunakan ubat-ubat sesuai apabila terdapat kawanan ayam didapati simptom-simptom penyakit.Jika tidak penyakit ini akan berjangkit pada seluruh kawasan ternakan.

Selasa, 26 Februari 2013

Vitamin Dan Rawatan

Dalam kuntiti ayam yang banyak bukan semua ayam mendapat makanan yang seimbang secara sama rata.Ayam yang kuat dan cergas akan mendominasi kawasan persekitaran yang lemah pula akan singkirkan jauh-jauh.Akhirnya ayam yang lemah akan kekurangan makanan serta khasiat yang diperlukan.Oleh kerana itu pemakanan tambahan diperlukan bagi zat untuk setiap ayam dapat sama rata agar ayam semua akan membesar dengan sekata.

Sabtu, 2 Februari 2013

Ayam Kampung CNY 2013

Tahun baru cina hampir tiba maka kaum cina semakin hampir membuat persediaan untuk menyambut tahun yang bermakna itu.Oleh itu saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Happy New Year...Gong Xi Fa Chai.Baru saja seminggu lagi untuk menyambut tahun baru jiran-jiran saya yang berbangsa cina sudah menempah ayam kampung untuk kegunaan mereka nanti tapi semua yang datang membeli ayam kampung betina saja.Saya pun hairan kenapa lah mereka ni suka sangat pada ayam kampung betina ini lebih-lebih lagi yang muda. Terpaksa lah lain kali saya mesti menyediakan lebih banyak ayam kampung betina lebih banyak lagi.

Khamis, 6 Disember 2012

Ayam Muda Bersama Ayam Kecil

Tiada apa yang hendak dikatakan kecuali ucapan Alhamdulillah kerana limpah rahmatnya menternak ayam sebanyak ini.Walaupun sebanyak ini pun sudah pening kepala.Jika lambat bagi makan alamatnya memang buat piket lah didepan rumah.Apabila ayam ini sudah membesar dan menjadi ayam muda membuatkan anak ayam kampung kecil bersaing untuk terus hidup untuk mendapatkan makanan.Oleh kerana itu saya terpaksa mengawal ayam-ayam kampung muda ini daripada berebut makan di kalangan anak-anak ayam kampung.

Selasa, 6 November 2012

Ayam Kampung Semakin Membiak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat ayam kampung.Setelah lama menyepi daripada memberi info-info terkini, pada bulan ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan ayam kampung saya selepas mendirikan kurungan pada kawasan farm saya bermulai Julai yang lepas.Saya mendapati pembiakan dan pembesaran ayam-ayam kampung saya amat menggalakkan apabila kaedah yang digunakan ini dan penjadualan pemberian vitamin serta ubat-ubatan dapat mengurangkan kadar kematian.Ayam-ayam semakin sihat dengan bulu-bulu yang berkilat dan aktif.
Usaha yang giat dan tanpa jemu, membuahkan hasil berbanding sebelum ini membuatkan saya tak henti-henti melayan karenah ayam-ayam kampung ini.Atas nasihat dan bantuan kawan-kawan seperjuangan juga memberi input yang berkesan sehingga saya merasakan untuk mendirikan lagi beberapa kurungan untuk anak-anak ayam yang masih kecil yang tidak beberapa kuat antibodinya terutama musim hujan ini.Semoga Allah SWT merahmati usaha saya ini untuk membantu orang di sekeliling.Saya mesti kaya dan berjaya.Anda bagaimana pula :-)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Ayam Organik

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit. Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.

Sabtu, 22 September 2012

Taun Ayam(Cholera Chicken)

Pernahkah Ayam-ayam di Belakang rumah menghadapi penyakit sebegini?- Penyakit ini pertama kali direkodkan dalam abad ke-18. Walau bagaimanapun ia tidak sehingga tahun 1880-an bahawa Louis Pasteur pertama kali diasingkan dan berkembang dalam budaya tulen.Berasal penyakit ayam di Eropah, ia mula-mula direkodkan di Amerika Utara pada tahun 1943-44. Sejak itu wabak telah direkodkan hampir setahun dalam burung liar. Hari ini, penyakit ini adalah yang paling lazim di unggas air liar Amerika Utara. Wabak berlaku dalam cuaca sejuk dan basah (di akhir musim panas, jatuh, dan musim sejuk). Wabak sering dikesan kembali kepada kehadiran pembiakan tikus di rumah. Ini dianggap menyebarkan penyakit dari bangkai burung mati (mungkin dari backyards jiran), tidak wajar dilupuskan. Apabila penyakit ini diperkenalkan kepada kawanan, ia akan kekal sehingga pemusnahan. Pembawa kronik sentiasa boleh membawa kepada muncul semula penyakit pada burung terdedah. Dalam burung liar, penyakit ini yang paling sering dikaitkan dengan tanah lembap. Ditentukan bahawa tanah lembap bertindak sebagai takungan jangka pendek, mencatatkan sejumlah besar bakteria dalam tanah dan air melalui tempoh wabak itu. Wetlands, bagaimanapun, tidak panjang takungan panjang. Penyakit ini membentangkan dalam dua bentuk yang sangat berbeza: akut dan kronik. Burung dengan kronik burung taun, lebih biasa dalam ayam domestik, mempamerkan sakit berpanjangan dengan jangkitan yang lebih setempat. Jangkitan kronik telah ditunjukkan dalam Angsa Salji, dan individu-individu yang dipercayai menjadi lama takungan berhijrah panjang bagi penyakit. Apabila bakteria mendapat diperkenalkan kepada penduduk burung terdedah, wabak taun akut burung berikut.
Burung yang dijangkiti akan mati 6-12 jam selepas dijangkiti bakteria, dan burung sakit sangat sedikit telah diterangkan. Oleh kerana persatuan dan kesatuan padat, unggas air adalah yang paling biasa terjejas oleh P. multocida, namun memakan bangkai dan burung air yang lain sering terjejas dalam wabak pelbagai spesies yang besar. Dalam kes akut, cirit-birit hijau boleh menjadi gejala awal. Gejala yang paling biasa, dalam kes-kes kronik, adalah bengkak daripada Wattles. Ia adalah lebih kerap dalam baka tempatan tahan. Bukannya jangkitan umum, jangkitan setempat lebih ciri. Ini sering berlaku dalam saluran pernafasan termasuk sinus dan pneumatoics tulang, sendi keadaan berhutang, Bursa sternal, pad kaki, rongga peritoneal dan oviducts.
Dalam kes akut, luka yang paling tipikal adalah petechiae diperhatikan dalam tisu lemak epicardial. Necrotic tumpuan pada hati biasanya ditemui dan hyperemia umumnya adalah perkara biasa. Disebabkan kelajuan jangkitan dan kematian, burung dalam keadaan badan yang baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpanjangan. Pada tahun 2011 wabak taun burung membunuh beribu-ribu itik Eider di kawasan Artik Kanada. Saintis sedang mengkaji wabak dan potensi untuk merebak ke Greenland. Rawatan yang paling berkesan dalam pembiakan ternakan atau meletakkan ayam adalah individu suntikan intramuskular tetracyclines jangka bertindak, dengan antibiotik yang sama dalam air minuman, serentak. Tanda-tanda kematian dan klinikal akan berhenti dalam masa satu minggu. Tetapi bakteria mungkin kekal hadir dalam kawanan.