Penternakan Ayam Kampung
Blog ini menerangkan tentang projek penternakan Ayam Kampung.
Selasa, 11 Oktober 2016
Ahad, 10 Januari 2016
Cuaca Panas Boleh Kena Strok
Apa Itu Strok Haba Dan Cara Pencegahannya
Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September.
Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.
Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.
Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan.
Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan.
Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme.
Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.
Tanda awal strok haba:
Sakit kepala berdenyut
Mual
Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
Denyutan nadi yang pantas
Otot lemah dan kejang
Muntah/rasa hendak muntah
Kulit kering dan kemerahan
Sawan
Pitam
Tangan dan kaki menjadi sejuk
Cara rawat mangsa strok haba:
Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
Mangsa ditempatkan di bawah kipas
Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
Rendam mangsa di dalam kolam air
Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’Bawa ke klinik atau hospital berdekatan
Cara pencegahan strok haba:
Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
Selasa, 29 Disember 2015
Membuatkan anak ayam lebih cantik selepas keluar daripada telur
Anak yang baru menetas tidak boleh dicampurkan dengan Ayam yang berumur 3@4 hari kerana anak Ayam lama sudah kuat dan aktif mempunyai sifat mematuk dan memijak.Anak Ayam kampung yang baru menetas perlulah diasingkan terlebih dahulu di dalam Inkubator khas untuk memberi masa rehat,tidur yang lebih sehingga anak Ayam itu boleh berdiri tegap(tidak bergoyang2),boleh berlari dan patuk mematuk.
Apabila badan anak Ayam dah keras serta aktif,waktu ini baru lah kita boleh campurkan dengan Ayam berumur 3-7hari.Jika tidak buat begini ia akan berisiko dibuli(dipatuk) @ dipijak sehingga penyek.
Khamis, 29 Januari 2015
Ayam Kampung Kacuk,arab dan philpine
Tahun baru cina akan tiba tidak lama lagi.Kami mengucapkan Happy Chinise New Year
Anak ayam kacuk kampung,arab dan philipine baru dimasukkan memandangkan makanan ayam kampung semakin diminati selain daripada ayam daging.Tidak salah untuk merasakan keenakan isi dagingnya.Setelah rasa pasti nak lagi :)See more
Khamis, 6 November 2014
Benih Ayam Baru Masuk
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ini anak ayam baru masuk stok ayam CNY pada tahun hadapan.Kadangkala bukan setakat ayam kampung dicari untuk dibuat lauk tapi anak ayam kampung dibeli juga untuk tujuan baka dan pembiakan di rumah mereka.Readmore...
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Selasa, 12 Ogos 2014
Ayam Muda di Jual
Walaupun sudah habis dijual,masih ada lagi orang mahu mencarinya lagi.Cari saya terpaksa memilih ayam muda yang boleh lepaskan.Alhamdulillah ada beberapa ekor ayam sudah menjangkau berat hampr 1kg.Pada penggemar ayam kampung saiz sebegini memang sesuai untuk dijadi ubat bagi merawat tenaga dalam badan terutamanya masyarakat cina.Oleh itu memang tidak dinafikan ayam kampung memang enak isinya.Read more?
Jumaat, 8 Ogos 2014
Langgan:
Catatan (Atom)