Rabu, 27 Februari 2013
Ayam Kampung Bertambah Banyak
Jika mahu ayam kampung anda kelihatan lebih banyak lebih sihat dan cergas perlulah dijaga dan dikawal dengan cara betul.Anak-anak ayam kampung hendaklah dijaga dengan betul pada peringkat awal bagi memastikan ia boleh membesar dengan kadar pertumbuhan yang cepat sehingga dewasa.Selain daripada faktor kebersihan,kawasan dan cuaca sejuk,kesihatan ayam juga perlu dititik beratkan dengan pencegahan awal supaya ayam-ayam ini akan dapat bertahan jika diserang sesuatu penyakit iaitu dengan mengamalkan multi-vitamin dan menggunakan ubat-ubat sesuai apabila terdapat kawanan ayam didapati simptom-simptom penyakit.Jika tidak penyakit ini akan berjangkit pada seluruh kawasan ternakan.
Selasa, 26 Februari 2013
Vitamin Dan Rawatan
Dalam kuntiti ayam yang banyak bukan semua ayam mendapat makanan yang seimbang secara sama rata.Ayam yang kuat dan cergas akan mendominasi kawasan persekitaran yang lemah pula akan singkirkan jauh-jauh.Akhirnya ayam yang lemah akan kekurangan makanan serta khasiat yang diperlukan.Oleh kerana itu pemakanan tambahan diperlukan bagi zat untuk setiap ayam dapat sama rata agar ayam semua akan membesar dengan sekata.
Label:
Ayam Kampung,
Makanan,
Pendidikan,
Penternakan,
Perniagaan
Sabtu, 2 Februari 2013
Ayam Kampung CNY 2013
Tahun baru cina hampir tiba maka kaum cina semakin hampir membuat persediaan untuk menyambut tahun yang bermakna itu.Oleh itu saya mengambil kesempatan
ingin mengucapkan Happy New Year...Gong Xi Fa Chai.Baru saja seminggu lagi untuk menyambut tahun baru jiran-jiran saya yang berbangsa cina sudah menempah ayam kampung untuk kegunaan mereka nanti tapi semua yang datang membeli ayam kampung betina saja.Saya pun hairan kenapa lah mereka ni suka sangat pada ayam kampung betina ini lebih-lebih lagi yang muda.
Terpaksa lah lain kali saya mesti menyediakan lebih banyak ayam kampung betina lebih banyak lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)