Jumaat, 22 Julai 2011

Ayam Betina Punca Pembiakan Hama

Baru-baru ini banyak ayam-ayam betina meneram tidak menjadi telurnya.Ada yang telurnya masuk angin,pecah,berebut meneram dan bila jadi atau menetas,peratusan anak ayam mati adalah tinggi.Apabila meneliti dengan lebih dekat lagi bahawa sarang meneram ayam kampung ini telah penuh dengan hama.Hama ini membiak dengan begitu banyak lalu menghisap darah yang boleh mengakibatkan ibu ayam kampung tersebut menjadi pucat dan kurus.Kadang-kadang ibu ayam kampung tersebut selalu keluar dari sarang meneram akibat tidak tahan gatal.Ini boleh mengakibatkan telur mudah terganggu dan tidak stabil untuk menjadi.Jika menjadi pun anak-anak ayam ini mudah lemah dan akhirnya mati akibat dihisap darah oleh hama dan gatal.Saya pun tidak tahu menggambarkan seksanya anak ayam tersebut sedangkan manusia pun tidak tahan gatalnya.

Apabila diteliti bahawa ayam yang saya dapat ini memang mempunyai banyak hama berbanding ayam kampung yang saya pelihara sebelumnya.Selalunya bila ayam kampung lama meneram dan menetas jarang ada hama atau jumlah yang kecil tetapi ayam kampung baru ini punya lah banyak seperti 'berpasir' dan kasar2 hamanya.Apabila setiap sarang baru dibuat pasti ada hama yang baru muncul.Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa hama ini wujud dengan banyaknya berpunca daripada pembawakan ayam betina.

Maka langkah terdekat pada masa ini,saya terpaksa menyembur racun hama pada sarang dalam keadaan sarang dalam keadaan kosong iaitu tanpa telur dan ayam.Manakala ayam betina yang belum meneram saya memandikan ia dengan syampoo anti hama dan kutu.



Selasa, 19 Julai 2011

Reban baru

Alhamdulillah berkat doa dan usaha saya serta rahmat dari Nya. Akhirnya saya telah berjaya telah menyiapkan reban atau sangkar ayam bagi mengawal anak-anak ayam kampung ini. Ini memberi lembaran baru bagi saya meningkatkan lagi hasil ternakan saya pada masa akan datang. Oleh itu dengan adanya reban kurungan ini, ia membolehkan ayam-ayam kampung ini dijaga dan kawal dengan rapi. Ia boleh mengawal kadar penetasan,kematian anak-anak ayam,kawalan penyakit dan mengurung hasil penuaian.